Kenaikkan Harga Pakej astro ..adoiilaaa..

Salam Bahagia 🙂

adoiiillaaa semua nk naik nih , berat badan pun naik juga ! erk ? kena mengena kah ? erm tadi jalan – jalan ke blog geng sorang ni , terjumpa artikle dia bertajuk : Pakej astro naik harga sehingga RM15 mulai 11 julai 2011 Berita ” baik ” katanya .. Hurm kalau lah rumah saya ni dapat chanel TV biasa comfirm tak pasang astro , tapi kenapakah chanel biasa tak dapat ke rumah saya ? lagi2 duk tengah kota ni ..pelik betul .. Astro = pembaziran bagi saya lah ..huhu

Jom layan petikan berita pula :

KUALA LUMPUR – Astro melakukan beberapa pelarasan kepada pakej-pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai 2011. Bagaimanapun, Pek Famili dikekalkan pada harga RM37.95 sebulan (atau hanya RM 1.30 sehari) untuk akses ke 38 buah saluran.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Astro di sini hari ini, bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, sesetengah pelanggan mungkin akan mengalami kenaikkan harga sekitar RM1 hingga RM15.00 sebulan.

“Terdapat penjimatan dari RM4 hingga RM14.95 sebulan dalam yuran langganan mereka. Pelarasan berkenaan adalah seiring dengan komitmen Astro untuk terus menawarkan nilai, pilihan dan perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelanggan,” jelas kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu, pelanggan Astro kini boleh menikmati nilai wang yang lebih baik dengan pelancaran Super Packs yang telah direka khas bagi menawarkan pakej Astro yang terbaik termasuk perkhidmatan HD dan PVR.

“Untuk hanya RM125, para pelanggan boleh memanfaatkan perkhidmatan HD dan rakaman, 3 pilihan pek mini, sukan, movies, Mustika dan Astro Tayangan Hebat sambil membuat penjimatan yang hebat sehingga RM45.85,” katanya.

Para pelanggan boleh menikmati lebih banyak program hiburan yang menarik pada masa akan datang, seperti acara sukan ditawarkan dalam HD termasuk Rugby World Cup 2011, London Olympics 2012, Barclays Premier League, EURO 2012 dan Copa America Argentina 2011 dalam teknologi definisi tinggi.

Saluran baru melibatkan saluran HD pula adalah Discovery World HD, Sundance HD, sebuah saluran sukan sukan HD dan lebih banyak filem-filem dalam bentuk HD.

Program-program tempatan yang lain adalah Salih Yaacob….I Follow, MasterChef Malaysia, Ustazah Pilihan, Tutor TV dan banyak lagi program pembelajaran.

Para pelanggan juga akan menikmati Personal Video Recording (PVR) serta Remote Recording yang membolehkan program kegemaran pelanggan dirakam dengan hanya menggunakan telefon bimbit walau di mana sahaja anda berada. – Mynewshub.my

Dengan pelarasan harga ini juga diharap akan setimpal dengan kualiti dan pekhidmatan yang diberikan oleh pihak Astro kepada pelanggan setia Astro agar kedua-dua belah pihak saling berpuas hati. Tahniah Astro Malaysia!

adeiii botak kepala laki ai 😛

Show 22 Comments

22 Comments

  1. Ashraf Jalil

    sbb bil eletrik naik le tuu..hahaha

  2. samalah dgn ct, kat tempat ct ni, tv biasa mmg tak jelas gambarnya,sbb tu TERPAKSA ambil astro.jadi kena terima ajelah,kalau tak ada astro nanti tak dpt pula tgk nora elena..he..he..he..

  3. mat teropong

    lepas ni tak payah tengok Astro la kak!!~~~

    • tak de astro tk de nora elena ..huwaaa… lagi pun akk suka csi adeii

  4. UpProfits

    Berita ‘baik’ lah tuh..hahaha

  5. semua pun nk naik..since ktorg pindah rumah..
    Astro x pasang2 lg ni..tp tetap bayar..
    hmmm..nmpknye nk kena potonglah ni..lg pun kat tmpt ktorg ni..bukan setakat siaran malaysia jer..Siaran Indon & S’pore pun blh nmpk.. 😉

    • ni lagi rugi ni bayar tk pasang huhu … wah seronok lah mcm tu kalau saya dapat siaran tv3 pun dh ok ..nk tegok nora elena je haa..yg lain2 tk kisah lah sgt …

  6. Ellen pun tak faham ni bee..samada di naikkan ker apa..kata penjimatan sebab ada pelarasan..hari ni ada iklan besar2 kat paper…huhu….

    • hurm jimat kot mana pun kita juga yg rugi ellen , biasalah sapa nk bisnes diorang tk untung kan ..

    • betul ke kak ? unifi sekali line internet kan ? nanti kena selidik gak ni …

  7. bEe

    Alasannya sbb Bank Negara dah umumkan kenaikan interest masa kini. So semua nak join naik juga 😛

Leave a Reply to lily Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.