Kek sarang semut bakar sukatan cawan , tanpa perap.

Assalamualaikum , salam pkpd dari selangor. Entah lah korang dah boring tahap apa entah lah. Hari-hari menjalani rutin yang sama , tapi nasib baik tak boring sangat sebab anak PDPR. Kain tak banyak nak di jahit boleh lah kita fokos ke masak – masak. Banyak kali cuba buat kek sarang semut ni. Kukus pun buat , bakar pun buat semua tak jadi kecuali yang satu ni. Korang kali pertama saya buat kek sarang semut ni tangan saya pedih sebab terkena wap air gula. Mana lah tahu semasa masak tu wap air gula tu akan meruap sebegitu rupa. Rupanya memang dah ada tips suruh berhati-hati , tapi tips tu nampak di masa resepi ke 2 yang tak jadi. Eh macam-macam lah dugaan nak buat kek ni. Macam mudah tapi susahnyaaaa.. Bila tukang jahit nak jadi tukang masak up sikit dari tukang masak biasa

Kalau tak cuba tak tahu kan

Allhamdulillah , kali ke berapa entah cuba akhirnya dapat resepi kek sarang semut yang sedap dan agak mudah juga membuatnya. Resepi ini di buat dapatlah 2 loyang.

Resepi kek sarang semut , bakar tanpa perlu perap sukatan cawan. Simpan resepi di sini untuk rujukan sendiri nanti.

Bahan A

  • 2 cawan gula
  • 3 sudu besar marjerin/ butter
  • 2 cawan air panas

Bahan B

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu kecil soda bikabornat.
  • 1 sudu kecil baking powder

Bahan C

  • 7 biji telur
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan susu pekat manis

Cara-cara nya :

  1. Masak gula dengan api sederhana sehingga jadi berkaramel (warna perang , lagi gelap lagi pahit rasanya , so agak-agak lah takat mana korang nak rasa pahit tu ) Masukkan 3 sudu marjerin atau butter tadi. Lebih sedap guna butter. Tapi dalam gambar tu saya guna marjerin saja. Kacau sehingga marjerin atau butter tadi cair.Hati-hati ye , masukkan air panas perlahan-lahan sehingga habis. Masa ni lah air gula akan meruap. Masuk kan lah secara berhemahh.. kalau tidak pedih 3 hari 4 malam. Kacau sehingga sebati semua , tutup api dan ketepikan.
  2. Bahan C di kacau dengan menggunakan mixer , sehingga sebati , masukkan tepung atau bahan B sedikit demi sedikit.
  3. Kemudian masukkan Bahan A tadi , kacau sebati dan dah boleh di bakar dalam oven.
  4. Suhu 170 ikut jenis oven korang , selama 50 minit. Letak tengah-tengah. Loyang size 8x8x3. Jangan lupa sapukan marjerin di sekeliling loyang terlebih dahulu.

Gambar saya buat step by step takdok. Boleh lah cuba resepi ini dan tengok-tengok resepi geng lain juga. Saya simpan resepi ni sebab menjadi sedap dan nikmat sungguh makan dia. Tak tau nak habaq rasa nak keluaq ayaq mata teringat kampung. Dulu mak selalu order dengan jiran. Asal nak raya ke nak kenduri ke dia order lah. Rinduuuuuuuu sebenarnya. Sob sob sob.

Show 1 Comment

1 Comment

Leave a Reply to mamapp Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.