Jahit PPE ketika Malaysia di landa COVID-19 , harap tak ada lagi

Dalam berita kata , kalau covid19 naik ke 3 angka PKP mungkin akan di laksanakan semula.Saya berdoa sentiasa harap janganlah. Mungkin tidak memberi kesan sangat kepada mereka yang berduit tetapi sangat berkesan bagi mereka yang berstatus sederhana ke rendah. Dalam keluarga saya sendiri pekerja tapak binaan dan bos kedai grill kini tiada beza. Korang faham kan ? Tokey grill tu mewah juga tapi macam-macam jadi huru hara.Susah nak sebut , rumit korang bukan faham pun kan kan orang kayangan kannnnnn.

Penat juga jahit PPE , sebab tu saya harap keadaan terkawal supaya semua pihak dapat buat kerja biasa.

So semasa pkp hari tu hati saya galau, saya tak boleh jahit baju customer, saya tolak banyak tempahan dan sehingga sekarang tak ada tempahan baju sangat. Yang mana saya jahit tu mereka hantar dah lama sebelum pkp lagi. Hati ni risau je manjang.

Tapi saya jahit banyak baju , stokin dan penutup kepala PPE untuk pekerja sektor kesihatan seluruh Kuala lumpur / Selangor di bawah NGO secara percuma. Seikhlas hati. Semoga dapat membantu meringankan risiko yang mereka kena hadapi .

Anak-anak memang di kerah untuk membantu. Si kakak sulung memang jaga adik dan buat kerja kerja rumah saja. Yang berdua dalam gambar ni tolong jahit.

Sebelum daftar sebagai volunteer harus minta kebenaran suami. Sebab kerja ni makan ruang , makan masa namun tiada imbuhan. Hormat juga dengan suami. Kesian dia walau tak bantu menjahit tapi dia bantu bayar elektrik. Jangan macam-macam.

Laila jahit tali je , boleh lah ringgan kan dan pendekkan masa ibu jahit. Kelebk benda kecik2 tu lagi lambat jadinya.

Kadang-kadang kesian tengok adam ni. Hidupnya penuh pancaroba walau masih kecil.

Mesin YAMATA ni tak lama lagi akan di letgo , saya nak jual RM900 je , sebab saya dah ada main kutu mesin autocut , selepas jahit ppe saya rasa saya perlu mesin autocut baru senang kerja tak payah potong benang. Orang dah cipta mesin canggih canggih untuk memudahkan kita , kita haruS ambil kesempatan menggunakan nya . Ok tk ayat tu ?

Ni stokin , bentuk kelakar sikit. Tapi kisah apa nak guna waktu kerja kan. Belasah.
Anak saya ada buat video mereka tak ada kerja , jemput tengok dan subcribe youtube saya. Nama youtube sama je dengan blog ni.


Daa~

Show 4 Comments

4 Comments

  1. Masa PKP tempoh banyak juga saya jahit Face Mask kain. Mengisi kekosongan masa selain bercucuk tanam.

  2. Mga berlipat ganca rezeki Bee dah banyak tolong buat baju PPE. Mujur ada pembantu yang sama tangkas.

    Jeles betul tengok diaorang ni. Kecik2 dah pandai pegang mesin. Saya takut…

  3. Alhamdulillah anak2 akak smua bagus2 dpy tlg ibu…laila pandainya jahit tali..kalau sy mengigil kot nak pegang mesij jahit..hehe
    suka tgok akak dari dulu smpi skang..sentiasa upgrade diri..sama la dgn tools menjahit..betul dh akk ckp tu ada benda mudah guna..kita beli la baru..yg lama boleh letgo..byk2 ada pun semak ruang..hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.