Hawa dan emas : Join powergold akhirnya

Assalamualaikum.. Hai .. Kini , akhirnya setelah lama berfikir untuk menyertai mana-mana syarikat yang menawarkan emas murah-murah untuk simpanan , akhirnya saya telah memilih untuk menyertai POWERGOLD. Setelah hampir 5 tahun teringin nak join mana-mana syarikat trading emas ni setelah tengok abang ipar saya sendiri membuat jual beli emas , tapi takut nak beri tahu suami.

Ya .. saya seorang yang suka berniaga , dari jual produk jualan langsung ke jual baju-baju dan pun cuba. Cuba untuk tengok sesuai ke tidak. Sekarang nak cuba untuk mejadi seorang yang menabung di dalam emas . Sumpah saya tak boleh ada duit di tangan , bank mahupun ASB semua korek. MACAM-MACAM nak beli , dah la surirumah saja. Jadi .. rasanya dengan meyertai syarikat powergold ni , harapnya dapat la menyimpan 1gram sebulan. Atau lebih ..

Dah 3 tahun rasanya , tak pernah miss main kutu emas .. percayalah .. emas tu bukan saya pakai semua.. memang untuk simpanan , anak perempuan 3 orang beb + 1 orang anak lelaki , simpan duit asyik tak berjaya , mana lah tahu mereka akan sambung pelajaran tinggi-tinggi nanti. Mana nak korek duit. Zaman sekarang ada PTPN , saya tengok orang yang belajar tinggi bergelut nak bayar balik. Harap la anak saya esok ni tak perlu pinjam mana-mana agensi untuk menyambung pelajaran. Semua ibu bapa nak kan yang terbaik untuk anak-anak kan.

Kebaikkan sertai POWERGOLD.

Sebab paling UTAMA perlu memilih produk powergold adalah kadar harga beli balik syarikat yang tinggi dengan mengenakan spread yang kecil 6-10%, ini akan memberikan anda keuntungan yang lebih cepat sekiranya harga emas naik. Maksud spread adalah kadar perbezaan harga jual beli emas.

Produk Utama Powergold 
GOLD BAR 999.9 

  • Di datangkan dengan jumlah paling minima 1GRAM , mampu di beli oleh setiap golongan.
  • Selain dari GOLD BAR 999.9 1Gram , ada juga 5GRAM , 10GRAM Dan 20GRAM.
  • Harga ahli lebih murah berbanding harga jualan. Harus menjadi ahli untuk mendapatkan lebih untung ..

GOLD BAR 999.9 POWERGOLD

  • Selain dari GOLD BAR 999.9 , Powergold juga ada produk Dinar 999.9 dan Barangan kemas 916 .
  • Harga ahli memang lebih murah ya.
  • Dinar emas powergold terdapat di dalam 2 jenis , Paling rendah 1/4 Dinar iaitu 1.0625gram .. harga ahli cuma RM175. Boleh lah menabung setiap bulan.
  • I Dinar 999.9 seberat 4.25gram , berharga RM679 sahaja ..
  • Kalau suka barangan kemas boleh follow saya. Saya suka barangan kemas lebih dari dinar dan gold bar.
  • Walau bagaimana pun setelah meyertai ahli secara tak langsung , saya telah pun dapat menyimpan 1/4 dinar. ( di datangkan dengan pakej masuk ahli )

 
DINAR DAN BARANG KEMAS POWERGOLD
 

JADI UNTUK MEREKA YANG INGIN MENYIMPAN EMAS , eloklah sama-sama sertai saya dalam syarikat powergold ni. Mulakan sekarang …  Insyallah .. tak ada unsur penipuan , sebab ianya bukan pelaburan , ini kita beli , kita simpan sendiri. Nak cari duit lebih boleh lah sama-sama trading dan buat networking kan.. Anda buat anda dapat kekdah nya ..

Setelah menyertai ahli powergold , maka saya di masukkan ke dalam satu group yang mana terdapat taukey emas yang sama-sama meyertai powergold serta mempunyai kedai emas , antara barangan emas yang mereka jual adalah PANDORA EMAS 916. OHHHHH … saya suka pandora konsep , tak kira emas ke pandora silver ke .. saya suka sangat.

Saya suka buat duit , saya suka bisnes , saya suka emas , saya suka pandora .. maka nya saya pun menjadi ejen kedai tersebut. JADI … DI INGATKAN KEPADA RAKAN-RAKAN FACEBOOK / INSTAGRAM saya .. memang harga barang kemas saya lain-lain , kerana terdapat 4 jenis tokey emas. Insyallah .. saya penjual yang berdaftar dengan SSM. Dan saya dah berbisnes online juga. Ada banyak testimoni. Jadi saya harap .. jangan ada gusar untuk membeli dengan saya.

Sambil meyimpan sambil membeli .. Jika sesiapa yang berminat untuk merisik khabar harga semua produk yang saya jual boleh lah whatsapp / add di facebook / pm / komen / follow istagram .. Ikut lah mana yang korang suka. Hehehehe .. semua detail di bawah.

bangle pandora emas 916
 

Cantik kan ? Ini Pandora emas 916 untuk kanak-kanak , harap dapat beli untuk anak – anak sorang satu sebelum raya ni. Eh kenapa raya ?  .. Bak kata encik suami , macam-macam ..

Untuk melihat produk powergold :  Sila ke webiste Hawa dan emas  pandora 916 terkini

Untuk melihat dan beramah tamah : Sila add facebook saya di Facebook

Like page baru saya : Page facebook hawa dan emas  ( baru buat ya )

Instagram : saya guna instagram butik online saya yang lama sahaja , sana ada banyak testimoni , saya nak buat lain. Follow instagram : @iluvonlineshop

SAYA MULA DAFTAR POWERGOLD DAN BAYAR 5 HB 5 2015 , 7 HB 5 SAYA DAPAT WEB DAN MASIH MENUNGGU 1/4 DINAR 999.9 SAMPAI .. NANTI UPDATE SEMULA .

Taip tengah malam ni .. baby tak bagi peluang kalau menaip siang-siang .. surirumah / mak / ayah sementara waktu katekan.. Surirumah yang nak buat duit macam saya boleh lah whatsapp ..

 

Show 6 Comments

6 Comments

  1. wahhh sudah meng’emas’ yer bee… minat betui yer
    nis minat emas putih sebenornye… anak2 dara ni pun x minat emas… mmg depa tkde sgt brg kemas. nak pelawa beli rantai, gelang,subang pun tak maunye depa… baguih juga jimattt duit bapak… haha

      • emas putih mahal..tapi bila nak jual balik dah jatuh value..ciktom pernah try nak jual..takde kedai emas nak beli..huhu

Leave a Reply to syamila Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.