Harga Nokia N9 ??

Salam Bahagia
Ehemmm.. selepas kay iaitu suami saya mendapatkan nokia N8 , maka saya pun teringin lalu cakap “bang nanti beli kat sayang henpon canggih lak ye” ok kay jawab nanti lah .. saya cakap “nak iPhone lah ” kay cakap ” iPhone tak best ” saya cakap lagi “blackberry pun ok lah ” memandangkan telefon saya tak berapa nk betul selepas dicelup-celup oleh baby kelmarin huhu so memang nak lah henpon baru .. tak lah kisah sangat canggih mana telefon tu , hanya sekadar boleh bertwitter dan facebook dah cukup hehe.. blog boleh guna lappy je .. tak pun boleh menang iPad mana2 contest nanti ke heheh.. dasyat angan-angan puanbee ni ye… ehhh jom layan gambar Nokia N9 cantiknya.. meleleh sekejap tengok .. huiiii.. tapi tak keluar di malaysia lagi ..sempat lah PB simpan duit kalau tak dapat sponsor dari kay tu haha..

Gambar Nokia N9

Cantik tak ? siapa setuju telefon ni best ? dalam banyak2 jenama telefon saya paling suka nokia..memang dah sebati lah org kata ..

Spesifikasi Nokia N9

Nokia hari ini di Nokia Connection 2011 yang diadakan di Singapura, telah pun memperkenalkan peranti baru mereka yang dinantikan ramai, iaitu telefon pintar yang dijana dan menggunakan platform Meego, Nokia N9. Melalui Nokia N9, ianya lebih menumpukan kepada perkara yang pengguna gemar lakukan melalui telefon pintar pada masa kini, iaitu menggunakan aplikasi, multi-tasking dan lain-lain.

Melalui Nokia N9, peranti tersebut membawakan skrin seluas 3.9? AMOLED, kamera 8 megapixel dengan optik Carl Zeiss, 1024 MB RAM, storan terbina 16GB atau 64GB, skrin anti-silau, serta menariknya membawakan sistem operasi MeeGo 1.2 Harmattan. Ianya turut membawakan sistem navigasi percuma seperti peranti Nokia yang lain, serta pelayar web yang lebih pantas menggunakan WebKit 2, serta sokongan HTML5.

Bestnya kalau dapat : verangan :

sekian ,
puanbee

Show 1 Comment

1 Comment

Leave a Reply to bany Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.