Gunting Kain Jenama Singer

Assalamualaikum , saya nak #donemeriak lagi. Bukan lah nak belagak saya pun bukan senang nak beli semua yang saya tulis saya beli apa-apa dan saya cuma nak bercerita , kerana sebelum saya bergelar tukang jahit saya sendiri pun tak tahu dan tak ambil kisah semua ni. Tak sangka gunting pun boleh jadi topik di dunia jahitan. Dan bila rakan tukang jahit pasal gunting di group menjahit bertubi – tubi review dan info yang kita dapat. Saya baca semua pengalaman dan ambil iktibar.

Sebelum saya cerita lebih lanjut , saya nak review gunting singer yang saya beli tahun 2019 kot tak ingat sangat dah la tarikhnya. Saya beli dengan harga selepas diskaun gile gile sebab saya kenal tukang repair mesin jahit ni. Dia pernah main kut emas dengan saya (dululah)dan saya pula selalu panggil dia jika mesin problem apa-apa hal pun dia boleh repair.

Dia kerja dengan singer dan jadi tukar repair mesin secara part time untuk mesin lain. Tak boleh share sini nama dia sebab nanti singer cari. TAPI MENGIKUT MAKLUMAT DALAMAN. Seller singer dan juruteknik singer semua saling kenal mengenal. Tak payah la kalau ko nak panggil dia ni tapi kutuk servis dia tu. Pusing – pusing depa memang kenal dan selalu pergi kursus sama-sama.

Ok melalut , sebenanya nak cakap berbaloiiiiiii sangat beli gunting tu. Harga asal dalam RM250 tapi saya dapat beli dengan harga RM150 sahaja. Sebab kotak atas takde , macam dalam gambar tu lah saya dapat. Dan last stok. Katanya tak keluar dah di Malaysia. Sayanglah sebab gunting ni buatan jerman kalau tak silap. Semua gunting jerman mahal deh. Seperti gunting jenama KAI tu. Peghh idaman juga , tapi harga kayangan sangat. Dalam 500-700 juga.

Dan ada review dari tukang jahit otai yang dah 20 thn menjahit kebanyakkan nya kata tahan berpuluh tahun jika tidak jatuh. so saya sukaaaaa …

Saya ni dah beli beratus gunting , paling mahal pernah beli RM200 , tapi ke laut juga. Bukan sebab jatuh , tapi saya cuma gunting kain tebal rupanya dia tak boleh. So ada lah gunting murah-murah sikit , dari harga RM15 BELI DI diy , Ada juga RM75 beli di spotlight , ingat kot tahan sebab situ jenama elok. Tak lama juga. Brand ikea tak cuba lagi. Tapi dah tak perlu sebab saya dah ada gunting ni untuk gunting kain. Puas hati sangat. Asal orang rekomen gunting je kita nak beli. Sebab gunting sangat penting untuk potong kain dengan cantik gituh.

Untuk gunting span saya guna gunting lain elok juga RM55 je , satu gunting boleh tahan bertahun juga jika tk jatuh. Tapi gunting ni pun dengar cerita di kedai jual mahal. Saya beli dengan pemborong so murah sikit.

Pantang gunting ni satu je ,jangan potong campur campur material atau jatuh. 2 benda ni kena elakkan sangat. Saya sebelum ni bodoh-bodoh sikit tak tahu dan tak jaga. Dah lama baru terasa sebab duit bazirkan ke situ , kalau kumpul dan boleh beli seketul mesin. Ya Allah ruginya. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Menyesal tak guna dah.

Sekarang lepas guna terus sorok gunting kesukaan. Anak sentuh pun tak boleh. Nasib baik lah si adam ni behave sikit orang nya di bandingkan syamim masa kecik-kecik dulu. Ya ampun.

Show 5 Comments

5 Comments

  1. tapir malaya

    Untunglah kakbee ada gunting branded. Hehe.

  2. kena tulis siap2 la kat gunting tu , jenis2 kain yang boleh guna untuk satu2 gunting. Kalau saya mesti tak ingat punya la..

    Bee dah ada berapa banyak gunting dalam simpanan?

  3. Kena jaga. Emas saya dahulu marah kalau gunting kain dibuat gunting kertas.

Leave a Reply to tapir malaya Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.