Gaya rambut pacak – syamim

Assalamualaikum dan hai. Kembali lagi dengan kisah syamim. Jangan rasa pelik .. puanbee ada ramai anak perempuan . Anak lelaki seorang ini sahaja. Dalam famili puanbee pun ada 5 perempuan seorang lelaki. Jadi keterujaan tu ada bila di kurniakan zuriat lelaki. Maaf kan hamba. Ter over pula ye. Dari syamim kecil lagi saya memang suka bentukkan rambut syamim. Dulu anak perempuan suka buat tocang , bila anak semakin membesar dah di pakai kan tudung jadi tocang biasa-biasa je lah. Sekarang anak lelaki tak boleh buat tocang jadi kita design pula rambut dia. Tetapi setelah di google tak banyak fesyen rambut budak lelaki yang saya berkenan. gaya rambut

Saya suka tengok rambut lelaki yang di potong kemas tetapi tak terlalu nampak macam budak skema. Tak suka sangat tengok rambut berminyak . Bagi saya rambut lelaki harus nampak kemas dan di gayakan seolah olah nampak basah dah cukup menarik. Orang lelaki tak perlukan gaya yang serabut sangat. Kemas dan wangi dah cukup. Pernah juga botakkan rambut syamim , tapi ya ampun bulatnya muka dia. Lepas tu sambung balik gaya pacak dia.

Sekarang syamim dah besar sikit , dah pandai nak letak gel sendiri. Sekali picit sebesar tapak tangan kau .. Mak ko baru je beli gel tu syamim oii .. jangan buat pasal. Zaman-zaman gawat ekonomi ni gel rambut RM5 pun jadi mahal.

Cantik tak gaya rambut ala-ala Elvis Presley , lagenda rock dengan jambul di depan. Saya suka macam ni , nampak ada keeranian dan kenyakinan di situ. Sekarang nak bela jambul syamim kasi panjang sikit.

syamim minyak rambut

Sekarang syamim buat rambut pacak aje lah. Bila suruh possing mestilah gaya ultraman ye . Baru lah gagah perkasa sikit. Syamim kan abang sado. Gelaran kakak-kakak nya untuk syamim. Ini gambar 1 mac 2016. Tarikh penting.. nanti nak baca balik. 

syamim minyak rambut 2

” Hiyakkkk .. ok la … terima kasih baca blog ibu kite “ .. kata syamim.

Show 14 Comments

14 Comments

  1. Datin Tyka

    anak buah DT yang sama umur dengan syamim, botak.
    tak bole ada rambut.
    nanti asyik tergaru garu je

      • Datin Tyka

        betul2.
        bila berpeluh,
        bau nyaa..
        husss semangat..
        tapi sedap bila bau tu..
        hehe

    • gaya je lah .. ada org risau sbb dia sorang lelaki takut tak ada gaya bujang tu

  2. Hencen Syamim!
    Bebudak lelaki memang suka tol rambut gaya pacak ni. Kekadang tu ikut kawan 🙂
    PuanBee, nanti jemput join myliferia giveaway tau 🙂

Leave a Reply to cik tom Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.