Gambar Artis Kawin : Azza Elite & Azlan Zulaily

Selamat pengantin baru di ucapkan kepada Azza Elite kerana selamat bernikah dengan seorang pramugara Air Asia Azlan Zulaily 25 tahun.Pemilik nama penuh Nor Azzarima Zawari, 34, ini telah menerima sembilan dulang hantaran dari pihak lelaki yang dibalas dengan 11 dulang hantaran.Azza telah menerima mas kahwin berjumlah RM300 dengan persetujuan wang hantaran sebanyak RM10,000.

Gambar azza elite kahwin

Majlis resepsinya akan di taja oleh Mydin dan tarikhnya belum di tetapkan lagi , pertama kali dengar Mydin nak menaja artis berkahwin , satu cara untuk kembangkan bisnes tu.Kali ini Azza mengenakan busana persalinan nikah hasil rekaan Syafeq Aiman berona krim bersama sentuhan dandanan Deq Sha.

Perkahwinan artis , azza elite dan suami

Lupakan kisah lama dan bina hidup baru :) selamat berbahagia Azza dan suami dengan anak angkat Azza iaitu Marissa Janna yang kini sudah pun berusia tujuh tahun.

18 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *