” Dengan BATA barulah raya. ” Koleksi Bata Raya 2018.

Assalamualaikum , amacam dah puasa selama beberapa hari ni ? persiapan raya dah sedia ke ? bee masih sibuk jahit baju raya customer , pelbgai fesyen. Sehingga kan anak-anak mengeluh baju mereka belum di jahit lagi. Tetapi kelmarin bawa anak bongsu ( baby adam ) untuk checkup. Alang-alang terus pergi beli kasut raya mereka di outlet Bata yang terdekat iaitu dalam tesco mutiara damansara. Dekat-dekat dengan the curve tu. Agak kalut shopping dengan anak 5 orang tanpa ayah. Ayah bz cari duit raya.

So …. dah ada kasut raya ? Koleksi Bata Raya 2018 ni cantik-cantik juga. Saya memang peminat Bata okay. Bukan nak bodek. Psssttt tahun ni viral Bata Tun Mahathir kan ? Hahaha ..selipar tu sold out. Kalau ada mau saya belanja husband 2 pasang. Tudiaaa..


Sejak jadi tukang jahit jarang update blog dah pasai shopping2 kan .. bz nya lah haiiiii ..

Rindu zaman anak-anak kecik dulu. Serbu Outlet Bata kecoh sedunia. Anak dara ada 3 orang kan. Eh berbalik pada kasut raya korang ? bajet berapa harga untuk seorang dalam keluarga ? saya bajet rm50 lebih sikit tu boleh lah. Ni semua saya pilih kasut bata yang harga nya antara RM50 ke RM100 je. Yang penting kasut Bata berkualiti. Kasut pasar malam pun harga RM20-RM30 sekarang malahan ada lebih lagi.

Di Bata kita berbaloi beli. Alah membeli menang memakai katanya.

Saya geram. Kasut Bata cantik dan selesa . Tapi saiz besar selalu sold out. Semua kasut pilih-pilih tunjuk dekat seller tanya saiz. .. jawapan nya sold out. Hampeh je. Laku bebenor. Bata lain kali buat banyak sikit saiz besar. Kesian kami yang saiz godang-godang ni.

Beg pun boleh tahan cantik. Geram betul. Nasib baik baru je beli beg… huwaaa.. 

Ni bahagia budak-budak. Dulu anak-anak dara suka pinky pinky .. tapi sekarang tidak lagi. Sema ambik kasut warna membosankan.. Apaa daaa.. penat ibu offer kasut tumit tinggi warna warni tu. Nak juga beli untuk baby adam. Tapi takdok saiz la.

Paling suka kasut Bata jenis comfit tu. Selesa ya ampun… Mintak bang .. kasut bata lagi. Mintak ayah lah pulak sponsor barang seketul dua.

Budak berdua ni nak sama jenis. Sebagai ibu mithali lagi bijaksana. Bagus juga. Nanti syamim besar boleh pakai kasut laila tu. Adam boleh pakai kasut syamim. Saya yakin kasut ni tahan lama.

Mata melilau pandang sana sini. Geram tak tahu nak pilih mana satu dah.

 

Haaa akhirnya. Jadi lah beli sorang sepasang kecuali aliya dan husna. Diorang nak jenis lain. Banyak akai. Ibu offer Bata yang mahai ni pun tak nak. Hihihi.

Sandal Ibu dan Ayah .. couple set  simple2 sudah lah. Dah tua tua nak dondon lagi. Ahaks… Ayah tak ikut main teka je saiz sandal ayah tu.Alah dah kawin 15 tahun tak kan tak dapat agak saiz kasut kan. Poyo tak saya ? hahahahha

Wristlet Marie Clair dapat percuma dengan setiap pembelian RM159 ke atas. Dan di tambah lagi dapat voucher RM25. Best tak ? P shopping Bata lekaih.

Ni kasut laila dengan syamim . Kulit .. wah lepas tu depa rasa depa la paling hebat. Belasah je lah anak. Bahagian kasut dah settel. Nasib ada Bata dekat-dekat. Nak fikir jahit baju pulak .. dan ke tidak ni.. huwaaaaaaaaa …

 

Jadi kalau nak shopping pergi lekas .. Selamat membeli belah dengan Bata. Selamat Hari Raya dan Selamat balik kampung. Wish siap-siap.. aci tak ?

BATA MALAYSIA

Website: https://www.bata.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/BataHome/
Instagram: https://www.instagram.com/batamalaysia/

 

5 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *