Skip to content

Puanbee.com

Lifestyle , Family Blog , Review , Sewing & Tutorial

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
Menu

Cuti Tambahan Untuk Hari Raya Puasa Dan Hari Kebangsaan ..

Posted on May 24, 2011 by Puanbee

Salam Bahagia 🙂

ehee silap tu tajuk tu , sepatutnya Cuti Tambahan Untuk Hari Raya Puasa Dan Hari Kebangsaan dan HARI LAHIR PUANBEE , kehkehkeh …. Tahun ni hari lahir puanbee mungkin jatuh di bulan puasa atau hari raya pertama , kemudian esok nya Hari kebangsaan , kemudian Hari Raya …amboiii bahagia 🙂

Kerajaan memutuskan supaya satu hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena Hari Raya Puasa dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, satu hari kelepasan am tambahan yang ditetapkan itu bagaimanapun akan tertakluk kepada pengumuman tarikh Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu, 31 Ogos 2011 maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) pula jatuh pada Khamis, 1 September 2011 maka Jumaat, 2 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan. – Bernama

18 thoughts on “Cuti Tambahan Untuk Hari Raya Puasa Dan Hari Kebangsaan ..”

  1. mOon jOhari says:
    May 24, 2011 at 3:34 pm

    …serOnOknya…buley dOk kampOng lama2 sampai mak naek muak tengOk muka mOon…hehehehe

    Reply
    1. puanbee says:
      May 24, 2011 at 3:37 pm

      hahaa mak takkan nya muak tengok muka anak ..

      Reply
  2. chii says:
    May 24, 2011 at 3:40 pm

    amboih..lum pape da ingt nak cuti eh..ehehe..senang ar nak ingt heppy besday to you puan bee kan :p

    Reply
    1. puanbee says:
      May 24, 2011 at 3:57 pm

      ahaa alaa puanbee ni tk de makna cuti ke tidak ke houasewife kan , ni maklumat tuk diorang yg berkerja tu haa…senang2 30 ogos je

      Reply
  3. Rina AVAIL a.k.a cik betty says:
    May 24, 2011 at 4:36 pm

    sy pon x kerja tp tumpang seronok cuti bnyk..kikiki

    Reply
    1. puanbee says:
      May 24, 2011 at 5:13 pm

      iyer lah boss kita pun cuti jugak hahaa

      Reply
  4. jieda says:
    May 24, 2011 at 4:44 pm

    tahun ni anniversary akak jatuh raya kedua he3..

    Reply
    1. puanbee says:
      May 24, 2011 at 5:12 pm

      yer ke kak ? haaa best tu sbb cuti kan 🙂

      Reply
  5. Lorna says:
    May 24, 2011 at 5:08 pm

    sonokkk yerr leh cuti seminggu terus…tapi2x…thn ni blk ry umah mertua dulu…uwaaaa…ehehe…oooppsss…kantoiii sudah…hihi…

    Reply
    1. puanbee says:
      May 24, 2011 at 5:12 pm

      oooopssss jgn begitu haa bee pom sama balik umah maktua dulu mana2 pun tk pe dekat jer

      Reply
  6. bEe says:
    May 24, 2011 at 5:45 pm

    Amboiihhhh………
    Sengih sampai ke laut nmpk!
    Belum start pun pose lagi dah ingat cuti & besday. Utk thn ni confirm meriah majlis ye tak kak!! 😉

    Reply
    1. puanbee says:
      May 24, 2011 at 9:07 pm

      meriah sbb boleh duk dikampung celebrate ramai2 selalu tu sepi je hua hua hua

      Reply
  7. mamajnjnj says:
    May 24, 2011 at 5:56 pm

    best banyak cuti…tapi di kampung line internet amat selow huhuu

    Reply
    1. puanbee says:
      May 24, 2011 at 9:08 pm

      ahaaaa Bee lagi tk de line internet ni pakai line streamyx huaaaaaa

      Reply
  8. Jendela Hati says:
    May 24, 2011 at 8:13 pm

    nampak nye tahun nie amek cuti raya seminggu ar nie hehe

    Reply
    1. puanbee says:
      May 24, 2011 at 8:57 pm

      ahaa tu lah kan ,,,

      Reply
  9. cik sakura says:
    May 24, 2011 at 8:37 pm

    kena plan betul2 ni..nanti senang ambik cuti..hehe

    Reply
    1. puanbee says:
      May 24, 2011 at 8:57 pm

      ahaa betul tu , PB sendiri dah sibuk suruh suami PB ambik awal2 selalu dia lmbt ambik cuti sudah nya dapat cuti sikit

      Reply

Leave a Reply to puanbee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Media social puanbee

  • Facebook
  • Instagram
  • Mail
  • TikTok
  • Twitter
  • YouTube

Recent Posts

  • Akhirnya channel Puanbee di youtube dapat monetize March 29, 2022
  • Kejayaan Asyraf Khalid Menjadi Tontonan Ramai February 25, 2022
  • Bagaimana nasib kita peniaga di tahun 2022 ini ? February 11, 2022
  • Balik kampung sementara boleh Kampung Sungai Relong Kamunting February 6, 2022
  • Review Tapak zip / Tapak sebelah mesin industri  February 6, 2022

Puanbee

Assalamualaikum dan hai
Channel ini memaparkan tutorial menjahit , DIY , unboxing & vlog rutin harian. kehidupan sebenar seorang ibu dengan 5 anak nya dan juga 5 ekor kucing kesayangan.

Puanbee
#pantaitelukbatik  #campsitetelukbatik #telukbatik 
Walaupun nak masuk kena bayar RM3 , tapi puas hati. Pantai bersih terjaga , air jernih dan orang tak lah terlalu sesak .
Dalam perjalanan pulang ke kampung , menyelusuri jalan kampung dan singgah di sawah padi menghayati keindahan matahari terbit ciptaan Allah Taala.. Sangat indah pemandangan ini..

Lokasi : Chenderong Balai 

#chenderongbalai #matahariterbit  #sawahpadi
Load More... Subscribe

Recent Comments

  • Nurul on Cara mudah menghasilkan report/penyata aliran tunai & untung rugi bagi kegunaan semasa mengisi e-Filing LHDN.
  • Siti Nazila on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • Perunding Great Eastern Takaful on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • mamapp on Kek sarang semut bakar sukatan cawan , tanpa perap.
  • Puanbee on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson

Archives

Categories

26,370 spam blocked by Akismet
google rank checker
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
© 2022 Puanbee.com | Powered by Superbs Personal Blog theme