Cuti Tambahan Untuk Hari Raya Puasa Dan Hari Kebangsaan ..

Salam Bahagia 🙂

ehee silap tu tajuk tu , sepatutnya Cuti Tambahan Untuk Hari Raya Puasa Dan Hari Kebangsaan dan HARI LAHIR PUANBEE , kehkehkeh …. Tahun ni hari lahir puanbee mungkin jatuh di bulan puasa atau hari raya pertama , kemudian esok nya Hari kebangsaan , kemudian Hari Raya …amboiii bahagia 🙂

Kerajaan memutuskan supaya satu hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena Hari Raya Puasa dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, satu hari kelepasan am tambahan yang ditetapkan itu bagaimanapun akan tertakluk kepada pengumuman tarikh Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu, 31 Ogos 2011 maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) pula jatuh pada Khamis, 1 September 2011 maka Jumaat, 2 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan. – Bernama

18 thoughts on “Cuti Tambahan Untuk Hari Raya Puasa Dan Hari Kebangsaan ..

  1. Amboiihhhh………
    Sengih sampai ke laut nmpk!
    Belum start pun pose lagi dah ingat cuti & besday. Utk thn ni confirm meriah majlis ye tak kak!! 😉

Leave a Reply to Jendela Hati Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.