Case sanitizer keychain bersulam nama material PVC

Kisah terhasilnya case sanitizer bersulam nama. Semasa dalam PKP , saya buat kerja gila sikit. Dalam orang duk bajet bajet duit , saya pula beli mesin sulam. Dan ini adalah hasil mesin sulam itu. Saya buat dan jual untuk recover modal beli mesin sulam. Macam tu lah kalau kita berniaga tanpa suntikan modal dari siapa-siapa.Hasil craft mesin sulam kali ini adalah sanitizer case / atau nama lain sanitizer pouch atau sanitizer keychain.

Jadi , allhamdulillah ah dapat beberapa tempahan. Agak penat sebab kerja jahit baju raya lagi. Tapi tak apa saya suka sibukkan diri.

Ada warna lain juga dan design lain , material menggunakan PVC , ada design campur dengan kain. Yang ini saya buat ready stock.Saya akan masukkan ke shopee saya nanti. Nanti senang awak-awak nak beli kan.

case sanitizer keychain sulam
custommade case sanitizer bersulam nama anak

Dan ini hasil pertama untuk anak-anak sayA. Nanti saya upload hasil yang lain jika berkesempatan.

case sanitizer sulam nama
sulam nama anak gantung di beg

case sanitizer ini untuk botol 50ml dan saya boleh buat untuk botol 80ml juga. Jika berminat terjah lah shopee akan di upload dalam masa terdekat.

kedai tukang jahit

Kedai tukang jahit shopee – LINK

Atau whatsapp terus ke nombor telefon saya : 011-32095406

Show 5 Comments

5 Comments

  1. ciktom

    cantik dan kreatif sangat akak..nati kalau nak order saya gi shopee akk la..

Leave a Reply to ciktom Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.