Skip to content

Puanbee.com

Lifestyle , Family Blog , Review , Sewing & Tutorial

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
Menu
SEARCH APA SAHAJA DI BAWAH :

Buat Sendiri : Resepi Popia Basah

Posted on February 18, 2016 by Puanbee

Jul 27, 2012 @ 06:14 :Β Baru sekali buat sendiri popia basah di rumah menggunakan resepi di bawah. Sebelum ni asyik merengek pada kakak ipar untuk beliau buatkan popia basah setiap kali balik ke kampung. Resepi asli dari arwah mak mentua katanya. Suami selalu sangat sebut-sebut ,popia basah arwah mak nya sedap. Entah kenapa 10 tahun kawin , baru sekarang tergerak hati nak cuba resepi ini. Sebelum ni rasa macam tak akan jadi je kalau saya buat sendiri. Tapi tak .. resepi popia basah yang di beri sangat senang nak di ikut.

Sekarang simpan resepi di blog senang nak ingat. Nanti nak resepi sendiri cari di blog sendiri.

Langkah demi langkah buat popia basah.

Bahan untuk buat kulit popiah (A):

  • Setengah kilo tepung gandum
  • 4 sudu minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Air
Bahan untuk buat inti (B):

  • 1 biji lobak merah
  • 1 biji sengkuang
  • 15 biji kacang panjang/kacang buncis
  • 2 biji telur
  • 50 sen udang kering
  • 1 biji bawang besar-ditumbuk
  • 2 biji bawang putih-ditumbuk
  • Bawang goreng
  • kiub lembu 2 biji
Bahan untuk buat sos (C):

  • 15 tangkai cili kering
  • 30 sen gula merah
  • Garam
  • 1 sudu besar cuka
  • Sedikit belacan


cara buat popia basah sendiri
1 : Bancuh tepung dengan air agak-agak cair seperti hendak buat lempeng atau buat ketayap tetapi lebih cair. gunakan blender untuk jadikan tepung tidak berketul-ketul dan sebati. Air kena agak-agak sendiri.
popia basah
2 : Gunakan kuali leper , dan mula lah menggoreng tepung tersebut. Pastikan tepung tidak melekat. Ceduk sesenduk tepung dan ratakan di atas kuali leper dan panas. Saya letak sedikit mentega.
tepung popia basah
3 : Tepung popia basah yang telah siap. Saya buat dua warna … hijau dan putih.
popia basah
4 : Ini adalah bahan untuk buat inti popiah , sayur di ricik panjang-panjang , kacang buncis di potong halus-halus.
resepi popia basah
5 : Tumis bawang besar , bawang putih dan udang kering yang telah di tumbuk bersama. Masukkan kiub lembu secukupnya . saya masukkan 2 kiub. Kemudian masukkan sayur. Buat bulatan di tengah sayur masukkan telur dan gaul sehingga telur hancur. Angkat sebelum sayur kehilangan kerangupan nya. Tak nak layu sangat ok.
buat popia basah di rumah
6 : Dalam periuk lain , siapkan sosnya pula. Kemudian boleh lah mula meyapu sos di atas kulit popia , tabur bawang goreng. Β dan letakkan sayur yang telah di masak tadi. Gulung seperti gulung ketayap.
resepi popia basah
7 : Dah siap .. nak saya tulis cara-cara nak makan ke ? hehehe .. selamat mencuba…
Popia basah ni jika di beli , sebiji RM0.70 paling murah lah di kl , lepas tu kecik-kecik , sekali ngap je habis. Jika luangkan memasak sendiri macam ni baru puas nak makan. Lagi-lagi kalau ada yang suka makan. Setengah kilo tepung dapat banyak , boleh bagi jiran sebelah menyebelah rasa sekali.

23 thoughts on “Buat Sendiri : Resepi Popia Basah”

  1. faiyus says:
    July 27, 2012 at 7:48 am

    erm..menarik..mst sdap ni..nanti nak try..he3..

    Reply
  2. MaMa3HerO says:
    July 27, 2012 at 8:36 am

    nice

    Reply
  3. anif says:
    July 27, 2012 at 8:42 am

    πŸ˜€ Wahaha.. sedap tu. Poskan ke sini satu set! πŸ˜€

    Reply
  4. Ibu Mifzal Arsyad says:
    July 27, 2012 at 9:46 am

    leh cuba ni..bahan pun senang nak sediakn..thanks bee for resipi..

    Reply
  5. titan says:
    July 27, 2012 at 10:55 am

    hoho..macam sedap aje popia basah tu..

    Reply
  6. izan ishak says:
    July 27, 2012 at 11:05 am

    sedapnya bee… nak buat pun mudah aje kan. k.izan pun dah lama sangat teringin nak makan popia basah ni, kat sini cam tak jumpa yg sedap lah…

    Reply
  7. Myra Jay says:
    July 27, 2012 at 11:34 am

    Puas hati dapat buat sendiri kan..
    Bee Myra ambik resepi ya ;D

    Reply
  8. sweetkurma says:
    July 27, 2012 at 11:59 am

    rajin nya bee… akak ni rajin makan tapi nak baut…kus semangat malas sungguh

    Reply
  9. Hafizul says:
    July 27, 2012 at 12:15 pm

    wahh tak sangka puanbee pandai buat ni semua..nanti nak try la..nmpk resipi mcm susah jer nk buat..hahaha…

    Reply
  10. Norasikin says:
    July 27, 2012 at 2:57 pm

    betul la. kena ada cara makan. nak kena bukak mulut ke?

    Reply
  11. Denaihati says:
    July 27, 2012 at 6:19 pm

    popia basah sodap n mengenyangkan. kelebihan buat sendiri selain dr jimat, boleh warnakan sekali mcm 2 ketul kehijauan sikit tu….

    Reply
  12. Juan says:
    July 28, 2012 at 12:28 am

    saya nak puanbee tulis cara cara nak makan boleh, hehehe

    Reply
  13. akubiomed says:
    July 28, 2012 at 12:35 am

    Saya ini rasa ini adalah blog ke 3 yang saya layar bercerita mengenai popia basah. πŸ™‚

    Reply
  14. eiela says:
    July 28, 2012 at 12:11 pm

    tak pernah try lagi, suka popia goreng je. popia basah tak pernah makan.

    Reply
  15. Pingback: Resepi : Sup Kaki Ayam Istimewa | Puanbee.Com
  16. fz.armie says:
    August 2, 2012 at 9:40 pm

    Blh try buat,nampak sdp yummy

    Reply
  17. diya says:
    October 1, 2012 at 10:59 am

    nk try buat…..lama dh ngidam nk makan popia basah.
    tp xpernah jumpa
    tq dgn resipi ni

    Reply
  18. MaMa3HerO says:
    October 1, 2012 at 3:50 pm

    rajin bee..popiah basah kak x pnah buat,popia grg pnah le..he3..tringin nk try tp ade je alasan..haha

    Reply
  19. erma says:
    April 18, 2013 at 1:59 pm

    naaa cubaaa niee…

    Reply
  20. ghani says:
    July 15, 2013 at 3:06 pm

    saya ni peminat popia las2 belajar buat sendidi kulit . la ni bisnis pulak . la sape2 nak belajar saya boleh ajar sampai mahir sape2 minat sms kat saye 0107883324

    Reply
  21. syamila says:
    September 8, 2013 at 8:01 pm

    lebih suka popia goreng…dah cuba makan popia basah…tak boleh terima…hehhee

    Reply
  22. Ummi Hanie says:
    September 24, 2013 at 3:59 pm

    rajinnya mung bee… tak sanggup nis… haha…
    popia basah lg sedpa dr yg goreng kan? kalau kena yg betul2 sedap tu, susah nak berenti makan.
    kiub lembu? x pernah dengar… mana nk dpt tu bee

    Reply
    1. puanbee says:
      September 25, 2013 at 8:49 am

      ada je di jual di kedai2 nis , bukan buat selalu terasa nak makan baru buat ..

      Reply

Leave a Reply to Juan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Media social puanbee

Recent Posts

  • Akhirnya channel Puanbee di youtube dapat monetize March 29, 2022
  • Kejayaan Asyraf Khalid Menjadi Tontonan Ramai February 25, 2022
  • Bagaimana nasib kita peniaga di tahun 2022 ini ? February 11, 2022
  • Balik kampung sementara boleh Kampung Sungai Relong Kamunting February 6, 2022
  • Review Tapak zip / Tapak sebelah mesin industriΒ  February 6, 2022

Puanbee

Assalamualaikum dan hai
Channel ini memaparkan tutorial menjahit , DIY , unboxing & vlog rutin harian. kehidupan sebenar seorang ibu dengan 5 anak nya dan juga 5 ekor kucing kesayangan.

Puanbee
#MuziumTaiping #Muzium #Taiping Dalam video ni.. Kalau anda tabah tengok lah sampai habis.. anak dari yang kecil sampai lah yang tua ..memang sangat aktif ya.. Adoiyai.. Geng pak2 tenang je lepak kat luar.
VLOG KAMI DI MUZIUM TAIPING. MUZIUM MASIH TAK BERUBAH..
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLjhub0w5aFctT2x3
meriah ye.. #telukintan #nightview #opporeno7pro5g
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLmhCdURxV3ZaY3VZ
Load More... Subscribe

Recent Comments

  • Perunding Great Eastern Takaful on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • mamapp on Kek sarang semut bakar sukatan cawan , tanpa perap.
  • Puanbee on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson
  • Puanbee on Renew ssm online dengan hanya RM70 setahun
  • akubiomed on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson

Archives

Categories

25,300 spam blocked by Akismet
google rank checker
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
© 2022 Puanbee.com | Powered by Superbs Personal Blog theme