Beli topup melalui maybank2u + salah topup ke nombor lain = sadis

Dah 3 harisaya sakit perut , tak boleh bangun .. asyik terbaring dek kerana tak makan dan tak minum , asal makan sikit pun dah kena berlari ke bilik “rehat”. Mulut jadi pahit.. sadis … Di dalam mamai-mamai , saya hendak topup nombor celcom untuk memperbaharui broadband , oleh kerana line stremyx pun buat hal saja. Nak buka laptop terasa malas sangat-sangat bila line buat hal. Jadi kena renew broadband secepat mungkin , hilang la sikit perasaan boring tu.

salah topup secara online

Aku yang mamai

Buka maybank2u , tengok duit dah bertambah hasil pembayaran initty yeay! maka boleh lah topup RM30 ke no celcom. Saya pun memulakan proses top up online seperti biasa. Setelah dapat tac , masukkan no tac ke akaun maybank2u dan saya pun log out. Tunggu top up itu masuk .. tak masuk-masuk .. eh hairan sepatutnya boleh dapat sepantas kilat.

Buka balik maybank2u tengok apa yang silap .. yah saya silap .. no awalan sepatutnya 011 tetapi saya masukkan 010. Jadi topup itu telah pergi kemana saya tak tahu.

Step by step dapatkan balik duit kita

  • Saya cuba call no yang saya telah masukkan topup tersebut. Syukur tak ada orang guna no tersebut.
  • Saya call celcom dan bertanyakan di mana boleh saya dapatkan semula. Mereka cek tak ada orang guna , jadi boleh claim semula. Tetapi kena call maybank untuk menghentikan transaksi tersebut. Kalau ada orang guna , tak tahu juga kena minta balik dari orang yang guna la kot. RM30 tu banyak bagi saya.
  • Saya call maybank2u mengikut nombor yang di nyatakan di sms tac , rupanya salah jadi mereka minta saya call customer servis pula. Call customer servis dan tunggu beberapa step .. pilihan bahasa , pilihan perkhidmatan , pilihan jenis transaksi .. dan bla-bla ..
  • Setelah dapat bercakap dengan customer servis yang betul rupanya ..

Jika tiada nombor yang cik masukkan kredit itu di gunakan , maka jumlah transaksi tersebut akan di masukkan semula ke dalam akaun cik dalam masa 3-16 hari , jika dalam 16 hari cik tidak mendapat semula jumlah transaksi tersebut cik boleh hubungi kami semula untuk membuat laporan

Itu sahaja .. hasihh .. buat penat dan habis kredit call sana sini :P lain kali kalau kepala tengah ting tong macam ni jangan buat aktiviti berkaitan DUIT.

Sedikit info buat korang ..

  1. No khidmat pelanggan celcom : 23939
  2. Maybank : 03 – 58914744 (Jika kehilangan kad atau tiba2 ada orang guna akaun maybank2u anda)
  3. No khidmat pelanggan maybank : 1300 88 6688 (jika kehilangan kad , tukar no tel untuk tac atau kes macam saya :) DLL)
37 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *