Beli mesin jahit sulaman singer SE300 – mesin pkp nama dia

Saya tak ada apa nak cerita pasal life sangat , dah hari-hari duduk rumah saja. Hari-hari menjahit dan fikir makan pakai anak-anak je lah. Tapi ada cerita yang saya happy sangat nak share di blog. Di musim pkp ramai orang update shopping sana sini. Beli pokok dan tak lupa juga ramai suami-suami pening dengan ” pulut dakap ” saya ? tiba – tiba meroyan nak mesin sulam. Hari hari tengok youtube pasal sulaman. Hari hari tak boleh tidur terkenangkan mesin sulam. Saya tak boleh sabar. Satu perangai saya kalau nak benda tu memang tak boleh tunggu-tunggu.

Walaupun orang kata ekonomi tak bagus sekarang tapi saya tak boleh tunggu ekonomi bagus baru nak beli mesin ni. Saya nak jugakkkkkk .. Selain dari tu jangan risau bila perangai terketaq ni sampai bukan lah maksudnya mintak duit dekat suami atau siapa-siapa pun .. saya ushaa sendiri lah. Ini mesin ke 5 saya beli hasil menjahit.

Jadi saya order lah pada awal bulan 5/2020 , dan mesin ni sampai ke rumah pada 14/5/2020. Kena pulak annivesary 16/5/2020 so saya anggaplah hadiah untuk diri sendiri. Suami bagi keizinan dah kira ok. Syukur sangat dapat beli. Sebenarnya saya nak beli mesin sulam v3 dari brother , mesin tu lagi mudah hendak di gunakan. Skrin bewarna , hoop lebih besar dan boleh terus adjust design di skrin mesin sahaja.Tapi mesin tu berharga dalam 10k lebih. Bajet tak berapa cukup lah.Jadi saya beli lah mesin singer legacy se300 , ok jugak ada hoop besar , cuma skrin dia tak berwarna dan hoop tak sebesar V3. Tapi tak mengapa saya beli mesin ni sebagai hobi saja. Bukan bisnes sangat. Sebab fokos utama saya jahit baju.

Ini rupa mesin untuk menyulam. Ianya di datangkan dengan 2 fungsi , sulam dan jahit biasa.Banyak fungsi mesin ni. Nak explore semua fungsi mungkin bertahun. Tetapi saya fokos kepada sulam sahaja. Sebabnya saya dah ada mesin lurus industri dan juga mesin protable lain untuk jahit zig zag atau lubang butang.Jadi memang guna dia untuk sulam 100% lah.

Yang kiri untuk jahit biasa dan ada sulam yang kecil-kecil serta huruf abc yang kecil-kecil, pasang di mesin. Yang kanan untuk sulam. Ikutkan saya nak jual mesin jahit lubang butang brother saya satu lagi. Mana tak nya semua fungsi ada dalam mesin ni. Tapi suami tak bagi. Dia kata kot anak nak guna satu hari nanti kot kot lah kan. Nak beli pulak mahal. Sekarang dah ada simpan aje lah. Tapi masaalah ruangan semakin kecil dalam rumah ni.

singer se 300

Hoop nya pula ada 2 , size 260×100 dan 100×100. Ok lah boleh juga buat projek besar sikit dari 100×100 tu. Untuk sulam bawah baju dan telekung boleh juga. Tapi lagi senang kalau dapat ” endless hoop “. Endless hoop tu pula tidak di datangkan dengan pakej. Kena beli dari pasaran luar. Harga selepas di kira kan dari USD ke MYR dalam rm750 macam tu. Lain kali lah. Banyak pulak benda nak beli.

Kemudian. Mesin ni manja part letak benang dan gulung benang. Baca review di group omputih banyak lah tips nya untuk masaalah masaalah ini. Saya belum lagi sempat beli dan praktikan apa yang di baca itu. Nanti lah. Tak sempat lah. Ada banyak fungsi nak kena cuba. Seronok kalau berkesempatan.

Setakat ini. Saya dah mula menjiwai mesin ini. Bila dah ngam betul baru best. Bak kata omputih tu. Mula-mula macam susah. Sekali dah dapat rentak anda akan menyukainya. Harga pula lebih rendah dari jenama satu lagi dengan fungsi yang sama. Dan ya saya dah terjemah lah k.

Allhamdulillah Allah s.w.t sentiasa beri apa yang saya minta. Syukur. Meh kita enjoy menggunakan nya. Hasil pertama yang saya buat dan boleh jual dah sekarang ini adalah case sanitizer ini. Nak saya share ke cara buat nya ? komen dulu.

Show 7 Comments

7 Comments

  1. Teringat pada kawan sekerja ada beli mesin industri untuk kerja jahit sulaman huruf. Projek sampingan

    • yang industri ada 2 jenis , satu sulaman automatik dan satu lagi sulaman teknik ayak. Yang pandai teknik ayak tu beruntung sangat

  2. ciktom

    tak rugi beli kak…memang la ekonomi tak okay..tapi kalau melangut je tunggu takde apa jugak..baik bt kuat duit beli pancing utk kail ikan sendiri..takkan nak tunggu ikan timnbul sendiri pulak..hehe

    • ya betul tu ciktom .. kalau tunggu tunggu tak kemana lah jawabnya

  3. kena buat bilik satu..khas untuk menjahit. senang la nak letak mesin2 menjahit. kalau tak pun ambik sikit ruang kat ruang tamu letak partion board.

    Best nya pandai menjahit nih. Boleh la buat telekung pulak lepas ni.telekung budak biasanya sulam kecik2 ja. sesuai nih bee..

    • tu la teringin juga nak buat telekung berkualiti tp bee kena pergi belajar dulu. Boleh buat diy sendiri tp hasil nya tak best lah sangat

Leave a Reply to ciktom Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.