Bajet 2019 – bajet keluarga

Tuan rumah dah tanya bee nak stay situ lagi ke tidak. Walaupun  saya memang teringin nak sewa rumah 2 tingkat dan buat tempat menjahit di bahagian bawah. Tapi saya masih tak tahu arah tuju , kawasan mana nak sewa , bajet berapa yang mampu , suami sakit2 kerja tu kejap pergi kejap tak , apakah boleh dia terus kerja di situ. Bagaimana dengan situasi kewangan akan datang , bagaimana dengan sekolah anak2 akan datang. 2019 – seramai 4 orang anak akan bersekolah. 2 orang akan menduduki peperiksaan besar di mana perlu fokos sikit lah dari biasa. Saya mampu ke buat duit banyak2 untuk tampung sewa rumah lain ? nak balik kampung ? memang tak lah. Nak pergi mana ? takdak hala tuju.

Maka selepas bincang dengan suami. Ok lah.. kita lanjutkan contract sewa rumah lagi 5 tahun. Tuan rumah kata nak naik kan rm50. Tak apa kita setuju kan saja. Sebab kalau fikir nak pindah dek kerana RM50 tak baloi sebab tuan rumah dah baik. Bukan senang nak dapat tuan rumah baik2 .. pernah sy sewa rumah. Hari ni gaji malam tu juga tuan rumah ketuk pintu minta sewa. Ni tuan rumah boleh runding lagi. ?

Tapi serius , teringin nak ada satu ruang menjahit yang  boleh ada pembantu supaya kerja lancarrrrr .. Modal tak berapa ada dan tak nak buat pinjaman ?

Saya telah pun menjahit selama 3 tahun dan dapat beli 3 biji mesin jahit , 1 iron philips yang mahal tuuu dan periuk noxxa , steamer noxxa , emas ( dah habis jual ) banyak sampai 50gram. Saat saat suami mengalami dugaan. Saya jual semua emas saya sikit2. Dan sekarang saya kumpul balik..

Sebenarnya boleh je kumpul duit banyak2 dan beli rumah kereta cash. Tapi saya ni jenis boros kot. Entah lah. Asal ada duit je teringin macam2 , asal macam2 je guna duit. 

Hujan turun renyai-renyai. Malas pula nak on mesin jahit tu. Makan pun malas. Apa nak jadi. Macam mana nak kaya ? Angan- angan mat jenin je lah hari ni.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *