Anak-anak main bunga api

Setakat main bunga api je la yang boleh ye . Mercun tak boleh ye sayang-sayang .. bahaya sikit .. kalau setakat pop-pop tak pa. Anak-anak tak minta pun bunga api ni , ayah nya pula beli lepas tu kirim mesej suruh bagi anak-anak main bunga api. Kesian .. hati tu ada nak bersama-sama anak-anak untuk memeriahkan bulan puasa dan raya ni , tapi kerja untuk mencari nafkah tu lebih penting. Bulan puasa ni ayah kena kerja lebih , tak jumpa anak-anak sangat , ayah balik anak dah tidur.

bunga api

Shopping raya pun ibu bawak sendiri je , ibu mengandung dengan anak 3 yang masih kecil  .. kecoh kedai tu …  itu baru belikan baju je , tudung dan kasut tak beli lagi .. tu pun dah terasa lomah badan. Sehari pilih baju .. wahh banyak kerenah pula tu anak dara bertiga ni. Diorang aktif macam biasa. Kalau ada ayah senang sikit nak uruskan diorang ni . Ayah cakap ambil .. ambil.. kalau ibu cakap ambil .. banyakkkkk komplen.

laila

Berbalik kepada kisah main bunga api.. diorang ni main bunga api tak macam ibu main dulu .. kalau ibu kemain lompat-lompat sambil pusing bunga api tu sebesar-besar yang boleh. Nyanyi pula lagu ” selamat hari raya , aidilfitri mulia ” ulang 2 ayat tu je sampai ke sudah. Lepas tu boleh pula potong bunga api tu dan baling-baling macam mercun kan.

Diorang main ala-ala sopan .. yang husna duduk besila .. bakar dan tengok je bunga api tu terbakar. Aliya duduk bertinggung pun sama , tunggu je bunga api habis .. laila pun .. pegang bunga api takut-takut  , kejap je .. lepas tu dia campak .. tak sempat habis tebakar … takut sungguh dia rasa.

saya ? memerhati dan geleng kepala .. ye la nak suruh lari pusing-pusing pun tak ada padang yang lapang , main di koridor je .. buat terkena anak orang susah juga.  Terima je la … haha .. ada pun seorang 5  batang je …. mana ayah diorang dapat tak tahu la.

Sibuk buat kuih raya la , mak order minta bawa balik .. sonang mak den .. hehehe

18 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *