Skip to content

Puanbee.com

Lifestyle , Family Blog , Review , Sewing & Tutorial

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
Menu
SEARCH APA SAHAJA DI BAWAH :

Akhirnya channel Puanbee di youtube dapat monetize

Posted on March 29, 2022March 29, 2022 by Puanbee

Allhamdulillah.. akhirnya , selepas berusaha update video lebih kerap channel puanbee dapat monetize. Terlalu susah ye syarat untuk dapatkan iklan di youtube. Orang biasa-biasa macam saya ni bukan ada peminat pun. Ramai kawan-kawan fb risau saya menyepikan diri. Sebab ini lah saya menyepikan diri. Saya fokos di youtube selepas beberapa kali kecewa dengan kerenah manusia. Saya cuba untuk redha dan beralih angin.

kronologi saya update video :

Video pertama : yummy !! 21 NOVEMBER 2010 ada 3 video je dalam tahun 2010 ni. Hahaha lawak betul rasa. Anak saya tu dah besar-besar dah sekarang.

Video tahun 2011 baru muncul adalah dalam 5 video sahaja. Rasanya masa tu guna hanphone yang tak canggih. Rekod pun tah hape2 lah ..

Video tahun 2012 ada 3 video saja.

Video tahun 2013 dan 2014 tak ada upload

Lepas tu upload di 12 /9 /2015 video kambing di gambang .. 0.26 saat je. Dulu tak jadi short .. sekarang jadi video short sebab pendek. Tahun ni banyak betul melancong. Seronoknya tapi tak ada video sangat.

Lepas tu update lagi 18/9/2016 – jarak setahun ye. Video anak-anak masuk pertandingan baju merdeka. Ini video saya baru belajar menjahit dan tak ambik upah lagi. Buat untuk anak-anak je. Cantum tangan pun tak pandai lagi. Pertanding baju merdeka siapa paling cantik. Tajuk : Aktiviti kemerdekaan setiap tahun bulan 8 di Malaysia. 12k juga view nya. Tapi masa ni memang tak ambik tahu pasal iklan apa-apa. Tak pandai. Niat upload nak simpan je video anak-anak.

Lepas tu jarak lagi setahun baru ada update 2 / 3/ 2017 : ini pun sebab dapat jemputan pameran shinkansen untuk adsvertorial di blog ini. Ada 2 video. Tapi tu lah memang tak pandai buat apa-apa edit pun , terus upload ja. Dan jarak lagi 9 bulan baru ada update tentang sarung / bag periuk noxxa.

Lepas tu dah habis bulan 2017 , 2018 pula update 18 / 8 /2018 , video tutorial. Adeh tapi tetap update bodo-bodo gitu lah. Rasa menyesal pulak kenapa lah tak belajar dan buat elok-elok dari dulu.

2019 ada update 2 video. Ya ampun semua jarak berbulan-bulan. Macam mana lah orang nak bagi iklan kalau gini gayanya hahaha. Gelak untuk diri sendiri je lah.

2020 ada 8 video. Baik sikit dah lah kan. Amboi ambik masa bertahun nak boleh bua video. Tapi still tak tentu hala lah lagi. Masa ni video pasal kucing viral.

2021 ada 61 video. TUTORIAL : Tukar zip seluar yang telah rosak tarikh 29 / 9 / 2021 waktu ini subcriber dalam 126 dan watch hour dalam 958 macam tu. Haa waktu ni rajin sikit dah dan waktu ni saya nekad nak aktifkan youtube siap beli DJI POCKET 2. Tapi ya saya masih belajar untuk edit video. Bercakap depan kamera dan rekod. Maafkan saya kalau nampak macam bodo-bodo sikit. Semua orang pun bermula dari bawah kan.

2022 : Dah ada 52 video. Allhamdulillah pada 12 /2 /2022 saya dapat cukupkan 1000 subcriber , watch hour pula ada 1051 saja. Masa ni saya pening nak cari 3000 lagi watch hour. Tak sangka cepat pula dapat cukupkan. 20 / 3 / 2022 watch hour dah cukup 4000 so saya terus tekan apply adsense tu lah.

Dan 22 / 3 / 2022 terus dapat monetize channel puanbee. Ya allah rasa nak lompat tapi kena sabar. Allhamdulillah. So sekarang fokos nak belajar cakap depan camera , nak edit elok-elok dan peralatan tak lengkap lagi. Pelan-pelan akan upgrade.

Bila dah di monitize cepat pula bertambah watch hour tu ye. Sebelum ni kenapa susah sangat ?

Saya orang yang tak mudah putus asa .. kadang-kadang down juga. Ada yang saya down teruk tapi Insya Allah kita ada Allah. Allah jaga kita. Semua ujian ada pahala.

Susah nak dapat , susah juga nak maintain channel youtube ini. Maklumlah status saya .. ibu .. anak 5 .. duduk rumah menjahit.. dan nak jaga / update sana-sini tak sempat. Tapi semua yang saya buat secara online ini saya suka. Suka sangat-sangat. Mungkin bila anak dah besar saya akan fokos. Sekarang carca marba .. lantaklah.. Who care ?

KESILAPAN SAYA harap kalau ada sesiapa nak bangunkan channel youtube jangan buat macam saya.

Saya sikit pun tak ambil tahu pasal subcriber … sebenarnya watch hour saya dah cukup lama dah bila ada beberapa video saya viral tahun – tahun lepas. Tapi setiap tahun watch hour akan berkurangan. Sebab jumpa watch hour 4000 tu akan di kira untuk setahun sahaja. Jadi dalam tahun tu jika watch hour dah cukup 4000 tapi subcribe tak cukup 1000 , kita rugi.. Tahun depan kena balik cukupkan watch hour sebab dah di tolak kan. Nak tak nak. Dalam tahun yang sama kita kena cukupkan 2-2 … subcriber 1000 dan watch hour 4000 jangan kasi kurang dan bawak ke depan.

Jadi.. insyalah beberapa tahun akan datang saya akan update lagi progress saya dengan channel saya. Belum tahu akan maintain ke tidak. Hahahahah .. entah-entah dah tak ada di dunia. Hanya video – video menjadi kenangan. Blog ini pun nak update selalu tapi masih kehilangan punca. Keghairahan macam dulu-dulu tak ada.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Media social puanbee

Recent Posts

  • Akhirnya channel Puanbee di youtube dapat monetize March 29, 2022
  • Kejayaan Asyraf Khalid Menjadi Tontonan Ramai February 25, 2022
  • Bagaimana nasib kita peniaga di tahun 2022 ini ? February 11, 2022
  • Balik kampung sementara boleh Kampung Sungai Relong Kamunting February 6, 2022
  • Review Tapak zip / Tapak sebelah mesin industri  February 6, 2022

Puanbee

Assalamualaikum dan hai
Channel ini memaparkan tutorial menjahit , DIY , unboxing & vlog rutin harian. kehidupan sebenar seorang ibu dengan 5 anak nya dan juga 5 ekor kucing kesayangan.

Puanbee
Jom ke Ikea showroom pertama di Malaysia .. jalan-jalan cari katil idaman je je ... tapi .... lama juga cuci mata .. enjoy ..

#ikea2022 #ikeashowroom #ikeadamansara
IKEA DAMANSARA 2022 - Nak beli katil Leirvik je 😂
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLkRYX0pqWHlMeXhR
Assalamualaikum , allhamdulilah kerja lama tertangguh .. jom sulam logo menggunakan mesin singer legacy se 300 ni. Baru lepas servis mesin syok sikit nak guna dia..

#sulamlogo #mesinsulam #singerlegacyse300
Amatur guna mesin sulam singer legacy se 300 .. sikit-sikit boleh lah ..
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLjhuVmlMOEtIX3FJ
Load More... Subscribe

Recent Comments

  • Perunding Great Eastern Takaful on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • mamapp on Kek sarang semut bakar sukatan cawan , tanpa perap.
  • Puanbee on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson
  • Puanbee on Renew ssm online dengan hanya RM70 setahun
  • akubiomed on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson

Archives

Categories

24,717 spam blocked by Akismet
google rank checker
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
© 2022 Puanbee.com | Powered by Superbs Personal Blog theme