Tips ajar anak berhenti pakai diapers , Kongsi dari pengalaman.

Assalamualaikum dan Hai , yang baca post tips ajar anak berhenti pakai diapers ini mesti lah ibu bapa yang baru nak ajar anak supaya pandai ke tandas dan tak perlu pakai diapers buat kali pertama kan  ? Allhamdulillah saya ada empat  orang anak dan ini kali pertama saya nak beri tips pengalaman ni rasanya. Sebab sebelum ni rasa macam tak layak je. Syamim 3 tahun 3 bulan baru berjaya betul-betul kencing dan buang air besar di tandas sendiri.  Malu nak cakap , anak cik kiah hujung sana tu dah…

Pengalaman keguguran di awal kehamilan.

Cerita pengalaman sendiri , imabas kembali kejadian terjadi semasa hari raya aidiladha 2015 , tak ada gambar. Luar biasa bagi puanbee kan ? walaubagaimana pun , semoga perkongsian ini bermanfaat.Keguguran pada awal kehamilan ialah keguguran yang berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan.Saya tahu saya keguguran apabila merasakan sakit seolah segugut dan darah yang keluar luar biasa banyak selama lebih kurang 7 hari. Ya dah seminggu. Kebetulan. Suami pun dah pulang bekerja setelah bercuti selama sebulan.

Bagaimanakah saya boleh tahu jika saya mengalami keguguran pada awal kehamilan?

Tanda-tanda keguguran yang paling biasa ialah keluar banyak darah daripada faraj disertai dengan kesakitan yang menyerupai senggugut yang teruk. Kadang-kala, ia akan terhenti dan kehamilan itu berterusan. Ini dipanggil ancaman keguguran (threatened miscarriage). Walau bagaimanapun, jika proses keguguran itu benar-benar sedang berlangsung, malangnya ia tetap akan berlaku.

Pengalaman saya