Penting ke melatih anak ke tandas sendiri a.k.a potty trained ?

Ermm topik , Adakah penting melatih anak ke tandas sendiri a.k.a potty trained ? terlintas di fikiran nak tulis. Selepas ada orang tanya , ” eh syamim pakai pampers lagi ? ” yah .. syamim dah 2 tahun 5 bulan. Dalam gambar tu syamim tahun lepas. Sekarang walaupun baru berusia 2 tahun 5 bulan dah nampak masam 3-4 tahun. Pandai cakap dan buat lagak pula tu. Jadi ramai orang akan terkejut sedikit bila dia poo poo dan beri tahu saya depan orang tu. “ Ibu syamim yak ” biasa nya itu la ayat si syamim. Dan orang akan “ apa ? syamim pakai pampers lagi ?. Haa gitu lah. Saya pula sebagai ibu. ” Aaah .. dia pakai pampers lagi , saya tunggu dia bersedia untuk tidak pakai pampers, lagi pun saya jenis ibu semua nak cepat dan M“. Tak suka renyah renyah.  Tiga lagi anak saya semua pun tak ada yang bersungguh pun nak ajar dan melatih ke tandas. Saya ada terbaca juga. Ada yang buat solat sunat semata mata nak latih anak ke tandas tu. Ermmmm …

SONY DSC
Syamim 2015

Pada pendapatan ibu ibu dan ayah ayah di luar sana , adakah penting untuk melatih anak ke tandas beriya – iya ni ? maksudnya .. sehingga kena keluarkan modal untuk beli tilam khas , lampin khas , dan juga potty khas ? Pada pendapat saya. Ibu ibu dan ayah ayah tak perlu kot terlalu risau. Kerana anak akan pandai rasa tak selesa bila tiba masanya. Dia sendiri akan buka pampers. Nak tahu bila masa sesuai tu ?