Tag: Info Am
Tak tahu mana nak pergi untuk bercuti? Jom ke Langkawi Wildlife Park
Pengalaman buka akaun bank perniagaan MAYBANK 2019
Affordable home renovation tips for HDB
DIY : Tempat gantung peralatan menjahit , gunting dan hiasan dengan bajet sangat minima .
Assalamualaikum dan hai , apa khabar ? harap semua sihat lah kan .. selain sihat kita juga hidup tenang walaupun sesibuk mana pun. Sejak dah pindah rumah ni mood mendekorasi dan menatarias rumah menjadi-jadi. Sampai tahap guna drill berat tu sendiri , sebelum ni tunggu encik suami buatkan. Sekarang tak tunggu dah. Semangat berkobar kobar selepas tengok mat saleh buat sendiri.
Nak tau cara buat sendiri (DIY) tempat gantung kunci atau gantung gunting atau boleh juga di gantung peralatan lain termsuk lah pasu bunga kecil-kecil seperti gambar di bawah ?
Caranya senang sangat. Murah pun ye. Peralatan yang di perlukan semua ada di kedai hardware. Pergi je lah minta nanti dioranag akan tunjuk. Saya sumpah. Nama kayu pun tak tahu.
Peralatan yang di perlukan adalah seperti di dalam gambar di bawah. Read more about DIY : Tempat gantung peralatan menjahit , gunting dan hiasan dengan bajet sangat minima . …
Lady driver : Tukar bateri kereta
Review Buku Disney Dalam Bahasa Melayu Dan Buku-Buku Dari Filem Disney
Assalamualaikum dan Hai .. Apa khabar ? Dah lama saya nak tulis review tentang buku Disney Edisi Bahasa Melayu ni. Tapi masa sangat tidak mengizinkan. Sibuk sungguh dengan hal duniawi. Allhamdulillah bertambah koleksi buku di dalam rumah ni. Kena cari almari baru pula lah. Dah banyak sangat buku . Pertama kali sila lah tengok video keterujaan anak-anak di dalam video di bawah. Sayang sangat sebab ter”over” merakam sampai panjang video tu. Langsung tak boleh upload ke youtube mahupun facebook.
Sekali pandang buku buku edisi Bahasa Melayu Keluaran Advantage Quest ini sangat lah menarik. Buku nya di datangkan dengan material yang berkualiti .. 5 bintang puanbee bagi. Ilustrasi terang dan sangat menarik mata anak-anak untuk memandang buku tanpa jemu. Hari pertama bawak balik Buku INSIDE OUT dan THE GOOD DINOSAUR anak-anak telah pun habis baca ya. Tak sempat pandang. Siap bawa ke sekolah dan baca sama-sama dengan kawan-kawan lagi. Mereka memang peminat Filem ini.
Untuk pengetahuan , Advantage Quest adalah penerbit utama buku-buku Disney di Malaysia dan sejak tahun lepas, mereka telah menerbitkan lebih 60 buah buku Disney dalam Bahasa Melayu. Malah, buku-buku terbitan mereka setanding dengan kualiti buku-buku antarabangsa dengan harga yang berpatutan.
Review Buku Disney Edisi Bahasa Melayu
TAJUK : ABC – PIXAR DISNEY
SIRI BUKU : LIHAT DAN CARI PERTAMA SAYA
KELUARAN : ADVANTAGE QUEST ( www.aquapublications.com )
Boleh dapatkan di kedai buku berdekatan terutamanya kedai buku Popular. Kedai Buku Popular sedang mengadakan peraduan “Percutian ke Disneyland Hong Kong” dengan setiap pembelian RM50 buku-buku Disney. Borang peraduan boleh diperolehi di semua cawangan Kedai Buku Popular di seluruh Malaysia.
Buku ini sesuai sangat dengan anak berumur seawal satu tahun. Dah boleh main cari barang-barang dan di samping itu dapat juga mengajar anak bertutur dengan betul. Syamim 3 tahun memang suka kan buku ini. Bila main cari barang tersembunyi dia suka bila menang.. bila kalah dia menangis. Sabar saja lah kan. Untuk anak kecil dah tentu ibu bapa kena bimbing anak .. tapi jangan risau .. ada juga nota cara untuk ibu bapa membimbing anak membaca. Read more about Review Buku Disney Dalam Bahasa Melayu Dan Buku-Buku Dari Filem Disney …
Tolong renew roadtax kereta pemilik lain [ Tak perlu geran asal ]
Assalamualaikum , nak cerita sedih sikit lah tak dapat balik kampung , maklum lah over bajet dah. Kena renew roadtax kereta daa~ . 9/9/2016 tarikh tamat cukai jalan dan insuran kereta kami. Satu – satunya harta yang ada. Tak mengapa la , raya di KL best juga. Kurang orang kan raya-raya ni biasanya.
Terdapat banyak soalan yang saya baca-baca di media social.
- BOLEH KE RENEW ROADTAX KALAU TAK ADA GERAN ASAL ?
- BOLEH KE RENEW ROADTAX KALAU PEMILIK NYA PERGI OVERSEAS ?
Jawapan di bawah :
Read more about Tolong renew roadtax kereta pemilik lain [ Tak perlu geran asal ] …
Niat Puasa Hari Arafah
Buffet Ramadhan Casa Ombak Lagi
Masih belum terlambat kalau korang nak cuba berbuka puasa di Casa Ombak. Rugi lah sapa tak cuba , setahun hanya sekali gitu. Tahun ini muka saya lagi ke CASA OMBAK tu. Tiap-tiap tahun mesti pergi. Tapi tak ada gambar dengan ownernya Kak Akma la pulak. Tahun ni sama dengan tahun lepas. Tak sempat bergambar banyak banyak dan tak sempat makan puas puas. Harap tahun depan boleh makan banyak lah ye. Tapi sempat makan sepinggan Kambing bakar, kuew tiaw , kuih muih dan juga jeruk buah buahan. Saya orang paling lama tunggu disitu kot. Tapi banyak benda tak sempat makan. Bahagian nasi tak makan langsung. Ruginya … sebab lauk banyak sangat. Semua nampak sedap. Red mummy kata ada teh sedap. Adoi terliiurrrrrr .. Tapi tak kisah lah.. memang dari awal plan nak kambing .. Kambing bakar dia sedap .. kuah pun sedap .. korang kena try lah. Bagi saya semua sedap ..
Hai kak hanny , curi gambar satu ekkk … hehehe ..
Suasana berbuka di casa ombak , amat meriah dengan makanan. Banyak makanan di sediakan. Amat berbaloi .. jika sesiapa suka makan tu eloklah kesini. Janji puas hati. Pentas ni hiasa je , gambar sebelum anak anak naik buat persembahan.
Cantik sangat dekorasi dia. Kalau lah sesiapa yang rasa nak buat jamuan keluarga ke , korporat ke terus booking di sini. Tak payah susah-susah nak sediakan semua. Info saya sertakan di bawah nanti ye. Read more about Buffet Ramadhan Casa Ombak Lagi …