Bakal hadir nombor 5

Sebenarnya .. tak tahu nak ceritakan atau nak khabarkan bagaimana ..  gembira tetapi dalam masa yang sama aku tak bersedia langsung nak mengandung sembilan bulan sepuluh hari sekali lagi. Tak bersedia nak melalui situasi megandung tanpa suami disisi. Ianya amat menyedihkan. Walaupun nampak macam okay sahaja. Jauh di sudut hati aku selalu rasa sedih bila suami tak ada di saat – saat memerlukan.

Aku sebelum ni dah bertekad kalau nak mengandung pun biarlah suami dah balik kerja dekat-dekat. Tapi dah di takdirkan ” terlekat ”  pula. Syamim pun dah putus susu ibu setahun lebih. Hurmmm .. kelat rasa hati aku ni. Alahai ..

Dari kiri : Husna , syamim , laila dan aliya

Tapi fikir pula la sudt positif nya. Beranak ramai-ramai masa muda , badan tengah kuat bagus orang kata. Anak-anak yang lain dah besar , tak apa dah .. orang kata lagi. Aku sebanarnya tak pernah plan pun nak anak ramai.
Aku ?
Hrmm entah la .. dari raya memang mood kurang sikit nak buat apa pun , raya pun sikit-sikit je .. tak berminat. Lepas balik ke kl semula moody memanjang. Aku siap bergaduh dengan suami sampai tak tegur 2 minggu. Siap suruh dia ceraikan aku lagi. Punca nya memang sikit dan tak masuk akal. Aku tak nak keluar dari rumah. Nasib lah anak-anak pergi sekolah dekat je jalan kaki. Dan kalau perlu hantar laila pun , aliya boleh hantarkan. Kereta pancit selepas suami balik johor 2 minggu juga aku tk bawa ke bengkel untuk ganti tayar. Bayangkan ..