Mask untuk asnaf

Mask untuk asnaf

sesiapa nak join boleh lah rujuk info di poster ini.Saya ? insyallah akan di fikirkan. Lagi pun Mask siap jahit dah banyak. Cuma nak bagi anak-anak asnaf pakai pergi sekolah jd saya rasa elok buat kain plain. Dan saya belum ada modal nak beli kain. Tungguuuuu insyallah kalau ada rezeki.
Cara mudah menghasilkan report/penyata aliran tunai & untung rugi bagi kegunaan semasa mengisi e-Filing LHDN.

Cara mudah menghasilkan report/penyata aliran tunai & untung rugi bagi kegunaan semasa mengisi e-Filing LHDN.

Ingat! Tarikh akhir submit e-filing borang B pada 31 Ogos 2020 ni, masih sempat lagi! kepada para usahawan atau peniaga kecil yang hendak declare pendapatan dan teringin sangat nak jadi pembayar cukai tetapi bajet ala-ala je , nak upah orang takut mahal. Nak buat sendiri takut salah. Saya nak rekomenkan sistem AES ini. Sebelum ini saya rekomen MUAB. Tapi MUAB tak cukup tutorial sampai ke daftar dengan LHDN dan submit borang B. Saya pun mengagau jugak lah sehinggakan kawan rekomenkan AES ini. Jadi saya beli sebab nya…
Cara senang buat akaun bisnes untu mereka yang bisnes sendiri kecil-kecilan

Cara senang buat akaun bisnes untu mereka yang bisnes sendiri kecil-kecilan

Assalamualaikum , saya nak share satu info ni sebab ramai sangat tanya di group facebook macam mana cara nak simpan akaun syarikat untuk hantar ke LHDN dan seterusnya menjadi pembayar cukai. Walaupun bisnes ala-ala sahaja. Saya rasa ramai yang hendak bayar cukai, bukan tak nak bayar cuma mereka tidak tahu caranya kan. Saya pun tahun ini baru nak hantar penyata akaun ke LHDN. Saya pernah buka 2 syarikat lain tapi dah di tutup. Yang terakhir ini adalah syarikat ke-3. Ye lah masa tu entah bisnes apa aku…
thread spool @ tiang benang

(THREAD SPOOL) Tiang benang tambahan untuk mesin sulaman portable MURAH

Sajalah kongsi. Bukan apa masa nak beli tiang benang ni jenuh cari perkataan yang sesuai di shoppee tu tak jumpa. Taip search tiang benang sampai bila pun tak jumpa jenis ni. Untuk mesin industri biasa tu adalah. So kalau korang nak beli taiplah THREAD SPOOL.Beli direct china murah je separuh harga dari local seller. Kalau agak nak cepat beli dari local seller je lah. TAPI POS MALAYSIA kadang-kadang sama je dengan postage dr China tu. Bukan nak kata apa lah kenyataan kan. Harga bawah RM9.00 + postage…
BAWA KUCING KE KLINIK

Penyakit kucing FELINE INFECTIOUS PERITONITIS VIRUS OR FELINE CORONAVIRUS INFECTION

Assalamualaikum , selamat petang. Hari ni saya nak update lah info dan kos yang di kenakan untuk penyakit kucing yang di beri nama FELINE CORONA VIRUS atau FIP atau busung air.Lepas sambutan raya haji kerja tak banyak sangat di sebabkan COVID19 terjejas juga lah. Jadi kita santai santai update blog saja lah. Kucing di bawah adalah kucing ke dua yang kami sekeluarga ambil sebagai anak angkat di tahun 2020 ini. Malang masih belum dapat membela kucing baik-baik. Sedih dan kecewa juga. Kucing pertama bernama oyen. Dah mati…
Jahit PPE ketika Malaysia di landa COVID-19 , harap tak ada lagi

Jahit PPE ketika Malaysia di landa COVID-19 , harap tak ada lagi

Dalam berita kata , kalau covid19 naik ke 3 angka PKP mungkin akan di laksanakan semula.Saya berdoa sentiasa harap janganlah. Mungkin tidak memberi kesan sangat kepada mereka yang berduit tetapi sangat berkesan bagi mereka yang berstatus sederhana ke rendah. Dalam keluarga saya sendiri pekerja tapak binaan dan bos kedai grill kini tiada beza. Korang faham kan ? Tokey grill tu mewah juga tapi macam-macam jadi huru hara.Susah nak sebut , rumit korang bukan faham pun kan kan orang kayangan kannnnnn. Penat juga jahit PPE , sebab tu…
Beli mesin jahit sulaman singer SE300 – mesin pkp nama dia

Beli mesin jahit sulaman singer SE300 – mesin pkp nama dia

Saya tak ada apa nak cerita pasal life sangat , dah hari-hari duduk rumah saja. Hari-hari menjahit dan fikir makan pakai anak-anak je lah. Tapi ada cerita yang saya happy sangat nak share di blog. Di musim pkp ramai orang update shopping sana sini. Beli pokok dan tak lupa juga ramai suami-suami pening dengan " pulut dakap " saya ? tiba - tiba meroyan nak mesin sulam. Hari hari tengok youtube pasal sulaman. Hari hari tak boleh tidur terkenangkan mesin sulam. Saya tak boleh sabar. Satu perangai…
case sanitizer keychain sulam

Case sanitizer keychain bersulam nama material PVC

Kisah terhasilnya case sanitizer bersulam nama. Semasa dalam PKP , saya buat kerja gila sikit. Dalam orang duk bajet bajet duit , saya pula beli mesin sulam. Dan ini adalah hasil mesin sulam itu. Saya buat dan jual untuk recover modal beli mesin sulam. Macam tu lah kalau kita berniaga tanpa suntikan modal dari siapa-siapa.Hasil craft mesin sulam kali ini adalah sanitizer case / atau nama lain sanitizer pouch atau sanitizer keychain. Jadi , allhamdulillah ah dapat beberapa tempahan. Agak penat sebab kerja jahit baju raya lagi.…
Upsr dan pt3

Upsr dan pt3

Ni anak dara saya. Beberapa hari lagi hendak menduduki peperiksaan PT3 dan UPSR. Saya pula yang berdebar lebih mengalahkan si anak. Buat ibu ayah yang anaknya bakal menduduki Peperiksaan UPSR bolehlah amalkan doa ini. Ya Allah, permudahkanlah anak-anak kami yang akan menduduki Peperiksaan UPSR pada September ini. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan peperiksaan UPSR dan jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan. Ya Allah, aku serah seluruh jiwa raga anakku Nurul Husna dan Nurul aliya…
Ayam goreng mcd extra pedas

Ayam goreng mcd extra pedas review

Aku tengah bosan dan stress .. hurmm banyak betul masaalah , rasa bosan dah nak hidup pun. Makan pun malas tido pun tak berapa nak lena. Tapi tak sesuai di khabarkan di dalam internet hahaha .. so nak bagi tau aku dah try ayam goreng mcd extra pedas ni 2 kali. Sekali aku beli masak dia ranggup sangat dan macam nak hangit sikit tapi boleh makan lagi. Kali ke dua aku beli kurang ranggup pulak tapi tak hangit , pendek kata versi nak hangit tu lagi sedap…