Upsr dan pt3

Ni anak dara saya. Beberapa hari lagi hendak menduduki peperiksaan PT3 dan UPSR. Saya pula yang berdebar lebih mengalahkan si anak.

Buat ibu ayah yang anaknya bakal menduduki Peperiksaan UPSR bolehlah amalkan doa ini.

Ya Allah, permudahkanlah anak-anak kami yang akan menduduki Peperiksaan UPSR pada September ini.

Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan peperiksaan UPSR dan jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah, aku serah seluruh jiwa raga anakku Nurul Husna dan Nurul aliya shakira dan seluruh pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR ini hanya kepadaMu untuk Kau uruskan sebaik-baiknya sepanjang mereka menjawab peperiksaan ini.

Ya Allah, aturkanlah otak dan minda juga jari jemari mereka untuk menjawab peperiksaan UPSR ini dengan pimpinanmu Ya Hadi.

Ya Allah, kurniakanlah keputusan cemerlang serta kejayaan buat mereka di dunia dan akhirat. Berkatilah guru-guru yang berjuang serta tidak putus asa mendidik dan membimbing mereka.

Aamin Ya Rabbal A’lamiin.

Ubahlah doa ini mengikut peperiksaan yang anak kalian akan duduki.

Hanya doa yang mampu ibu ayah titipkan. Selebihnya bergantung pada usaha anak-anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.