Cara masak nasi goreng sardin / Resepi nasi goreng sardin

Anak-anak cakap , ibu letak la resepi Nasi goreng sardin ni dengan cara masak di blog nanti kitaorang boleh tengok sana. Ok ok ibu letak. Walaupun sebenarnya nasi goreng ni simple saja dan saya sendiri telah masak beribu versi nasi goreng tak kira masa. Anak-anak baru nak belajar diorang tak pandai agak sangat bahan-bahan nya tu. Lain lah mak-mak dah pro kan ? Campak aje siap.

So resepi nasi goreng sardin ni untuk mereka yang baru nak belajar lah. Bukan untuk mak-mak yang dah pro. Untuk awak-awak yang baru kahwin tak pernah masak banyak-banyak tiba-tiba mak mertua dengan ipai duai datang tidur di rumah , pagi tu nak hidang apa kan. Haa boleh cuba cara ni. Sebab saya masak ni memang banyak dan boleh makan ramai-ramai gitu.

Nasi sejuk dalam 5 pot semasa di masak ,

Nasi masak malam sebelum tidur. Kita plan siap-siap dah. Ada sayur sikit , sardin kecik , bawang cabai telur cukup dah la. Jangan risau. Mesti kena dengan tekak mak mertua.

Bahan-bahan nasi goreng sardin

1 sardin tin kecil
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 gengam kubis
6 tangkai cili padi
Nasi 5 pot – semasa di masak. Seperiuk besar 3 liter
minyak agak2 dalam 2 senduk untuk tumis
Telur sebiji
Garam secukup rasa

Cara-cara tengok di bawah. Yang penting tumis bawang sampai wangi. Sardin tu hancurkan betul² , letak garam dan agak² lah untuk semua nasi. Kalau di rasa masa tumis memang macam masin. Contoh saya letak 1 sudu besar. Bila dah gaul ok je sedang-sedang rasanya.

Tumis garing bawang dan cili
1 tin kecil sardin cukup
Tumis je semua. Masukkan telur sebiji , masa ni letak garam atau perasa kalau suka. Bagi saya cukup garam sebab sardin dah ada rasa yang sedap
Nak letak sayur apa pun boleh , saya letakkan kubis
Warna tak mengancam pulak , tapi rasa ngamcam

Saya masak banyak , maklum lah anak 5. Seorang ja yang tak makan. Lain-lain semua makan nasi dah. Nak-nak tengah nak membesar.

Show 2 Comments

2 Comments

Leave a Reply to Puanbee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.