Rasanya kena tipu lagi.

Baru 3 hari lepas hantar iphone 5 ke kedai untuk di perbaiki. Kisahnya … Dulu saya pernah ceritakan dalam blog ini kena tipu beli iPhone 5 konon konon original dengan harga up sikit dari iPhone 5 set AP. KONON KONON YA. Saya dapat tahu pun semasa skrin iPhone 5 pecah dan saya bawa pergi perbaik di kedai memandangkan tak boleh claim waranty. Ceritanya ada disini — Tukar Bateri iPhone 5 – Bateri kembung . Saya tukar di tesco extra ampang je .. RM120 dapat WARANTY 6 BULAN  jika bayar RM79  dapat WARANTY SEBULAN. Saya ambil lah yang waranty 6 bulan. Bateri kalau nak rosak bukan dalam masa sebulan ye dak .. benci la .. mahal bebenor .. tambah benci sebab dapat set tak original. 

Konon konon original sangat lah ye. Eii geram betul. Selepas pakai beberapa bulan. Skrin iphone tu tercongek sikit. Tau tak tercongek tu apa ? dia macam terkeluar atau terangkat kot. Keee terkopek. Saya ingatkan masaalah skrin tu. Rupaya masaalah tu datang dari bateri.

Baru tahu ja ni. Kan dah tukar bateri original konon konon nya dengan harga RM150. Lepas tu sakit hati tak ? bila dapat tahu bateri tu tak original dan murah ja. Saya hantar perbaik di kedai baru ni baru RM60 … RM60 weh .. geram nya lah hai. Tipu orang hidup hidup. Abang yang repair tu sekali pandang ja dia tau. Tu bateri kembung bukan masaalah skrin. Apa ? kalau ku tahu dah lama bawa pergi kedai di tesco dan claim waranty sebab memang tak sampai 6 bulan lagi pun dah iphone tu tersadai.

Buffet Ramadhan Casa Ombak Lagi

Masih belum terlambat kalau korang nak cuba berbuka puasa di Casa Ombak. Rugi lah sapa tak cuba , setahun hanya sekali gitu. Tahun ini muka saya lagi ke CASA OMBAK tu. Tiap-tiap tahun mesti pergi. Tapi tak ada gambar dengan ownernya Kak Akma la pulak. Tahun ni sama dengan tahun lepas. Tak sempat bergambar banyak banyak dan tak sempat makan puas puas. Harap tahun depan boleh makan banyak lah ye. Tapi sempat makan sepinggan Kambing bakar, kuew tiaw , kuih muih dan juga jeruk buah buahan. Saya orang paling lama tunggu disitu kot. Tapi banyak benda tak sempat makan. Bahagian nasi tak makan langsung. Ruginya … sebab lauk banyak sangat. Semua nampak sedap. Red mummy kata ada teh sedap. Adoi terliiurrrrrr ..  Tapi tak kisah lah.. memang dari awal plan nak kambing .. Kambing bakar dia sedap .. kuah pun sedap .. korang kena try lah. Bagi saya semua sedap .. casa ombak

Hai kak hanny , curi gambar satu ekkk … hehehe ..

Suasana berbuka di casa ombak , amat meriah dengan makanan. Banyak makanan di sediakan. Amat berbaloi .. jika sesiapa suka makan tu eloklah kesini. Janji puas hati. Pentas ni hiasa je , gambar sebelum anak anak naik buat persembahan.

casa omabk 7

Cantik sangat dekorasi dia. Kalau lah sesiapa yang rasa nak buat jamuan keluarga ke , korporat ke terus booking di sini. Tak payah susah-susah nak sediakan semua. Info saya sertakan di bawah nanti ye.

Mencuba PERLAKING agak agak putih tak ?

Akhirnya terjebak , PERLAKING ni sejak akhir-akhir ni banyak betul kontrovesi nya. Tak tahan hari hari orang cerita pasal perlaking je. Lepas satu satu. Saya jadi geram. Tapi saya cuba bukan sebab nak glamor cantik dan putih sangat pun. Kawan saya dah cuba dan dia hantar mesej macam ni. " Kakza dah cuba perlaking , ok ... sapa nak cuba cuba lah. kakza rekomen , ok sangat sangat ..suami kakza pun cakap. CUMA Kakza alah ikan , jadi gatal gatal sikit di muka." kata kakza tu. Ok…

Puasa oh puasa

Puasa muncul lagi , setiap tahun kita berpuasa situasi nya agak berbeza , tahun ini dan tahun lepas situasi puasa saya dan famili berbeza. Saya tak boleh tulis situasi ini , biarlah saya hadam sendiri. Bahaya uols. Sekarang ni semua cerita akan di viralkan. Seram sejuka daku. Kisah seorang blogger memberi nasihat di kecam. Kisah seorang wanita berpurdah membuat cerita di kecam. Saya rasa simpati pada mereka. Itu sahaja. Tak mahu komen lebih. Apa yang saya tahu , 2-3 hari ni , saya bersyukur sangat-sangat ke hadrat…

Nasi durian – mengimbau kenangan

Nasi durian – mengimbau kenangan saya kecil kecil dulu. Rindu opah. Dulu opah dan tokwan yang asalnya dari Batu Kurau perak memang ada dusun durian. Malangnya selepas opah dan tokwan tiada. Dusun tersebut di ambil alih oleh anak cucu orang yang tokwan beli dusun tu. Dulu main tulis surat perjanjian sahaja. Mana ada surat cop peguam apa pun bila beli tanah. Jadi mereka kata sebab tak ada bukti sahih jadi mereka ambil tanah tu balik. Kami yang pernah membesar di situ duk la terkenang. Sebab durian tokwan tanam dan ushakan sendiri tu sedap. Sedihnya…….  sekarang ni kalau lalu kawasan tu mesti teringat nasi durian opah.nasi durian

Cara nak buat nasi durian ni senang sahaja.