Vertigo , Darah Tinggi dan Strok Di Otak

Sejak beberapa hari duk mengulang ke hospital , hati memang tak tenteram selagi tak tahu apa penyakit abang ni , mula-mula doktor cakap abang sakit vertigo , sakit dimana pesakit tak boleh mengawal keseimbangan badan , pening dan kepala terasa pusing .. setelah di beri ubat saraf untuk penyakit vertigo , darah tinggi abang menaik , tahap yang boleh di katakan tinggi juga , esok nya abang di beri buat pemeriksaan lanjut .. buat MRI dab ujian kencing manis.

vertigo , mild strok

Allhamdulillah abang takde kencing manis tapi doktor mengesahkan abang mengalami strok di otak . Tapi bukan strok di seluruh anggota badan , Strok otak adalah berpunca dari darah beku di otak yang mengawal ke seimbangan pegerakan kita.

Doktor kata , takde apa yang serius lagi , selepas ni ubat saraf akan di beri dan ubat untuk cairkan darah beku itu juga telah di beri. Abang nampaknya makin kurang pening , tapi tak boleh bejalan betul2 lagi , macam orang mabuk gitu le ..

ubat saraf - vitamin

Selepas ni akan buat MRI lagi , dan tengok darah beku tu dah cair atau tidak dan pantau takut2 abang di serang strok otak di bahagian lain pulak .

Benda dah nak jadi kan , walaupun mula-mula macam kalut sikit hidup ni , mana nak jaga anak , mana nak hantar pergi sekolah nya … nak ulang alik ke hospital lagi , tapi tuhan tu maha kaya … allhamdulillah ramai membantu , adik dari kajang datang utk tolong jaga anak, cuti sekolah je adik bawa anak2 balik ke rumah nya , jadi ringgan sikit tugas saya tinggal nak tengok abang je lah.

hospital pusrawi

Nanti bila buka sekolah adik sorang lagi dah dtg dari kampung tolong jaga n siapkan anak utk ke sekolah , tak boleh ponteng sekolah sebab anak ada exam hujung tahun ni kan. Saya tinggal jadi driver je lah .. syukur allhamdulillah .. semua nya terurus balik.

Semalam juga , masing-masing risau dengan bil perubatan abang ni , macam-macam gosip ade .. ada yang cakap insurans cover ikut penyakit , kalau lebih kena bayar , ada yang cakap kena pindahkan abang ke hospital kerajaan , takut bil melambung tinggi , saya mula jadi risau balik.

sakit darah tinggi

Tapi hari ni usaha telefon lah ke tempat insuran tu , allhamdulillah .. keputusan nya tak lah sama dengan gosip tu .. tau je lah hospital berbayar ni bil dia macam mana ..

Siang malam sukat jalan 😛

 

 

Mood sekarang lega untuk abang tapi rindu kat anak2 le pulak. Doktor cakap mungkin rabu minggu depan boleh keluar wad , sebab kena habiskan dos ubat tu dan nak pantau takut2 darah beku atau strok otak merebak ke bahagian otak lain.

P/S : puas sukat jalan KL

42 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *