Umur 4 Tahun Nak Pergi Sekolah Dah

Laila hari-hari sebut nak pergi sekolah , hari-hari nak tidur awal sebab nak pergi sekolah. Anak-anak saya semuanya jenis tak takut nak ke sekolah. Tak ada yang menangis di hari pertama sekolah pada tadika mahupun tahun 1 , siap ada yang suruh ibu balik. Allhamdulillah la .. Laila baru 4 tahun tapi saya dah kelam kabut mendaftar Laila untuk ke tahun 1 pada tahun 2016 nanti , cadang kalau tak ada apa-apa aral melintang tahun depan Laila akan di masukkan ke tadika , belum buat keputusan sama ada nak hantar ke PRA Sekolah Kebangsaan ataupun ABIM je . Kakak-kakak nya di hantar ke ABIM pada usia 5 tahun.

laila , aliya husna

Cerita ni seolah-olah berulang , bermula dari Aliya , Husna ( gambar husna dulu semasa nak ambil gambar 5 tahun ) dan Sekarang Laila. Memang semua saya selitkan di blog ni. Mengikut pengalaman saya , anak di hantar ke tadika mana pun , balik rumah kita sendiri kena ajar dia supaya dapat membaca dan mengira. Hantar ke sekolah / tadika hanya untuk mengasah teknik anak-anak berkomunikasi dengan kawan-kawan dan cikgu. Itu saya la .

laila

Dengan gambar yang di ambil semalam , maka lengkaplah borang – borang untuk Laila ke sekolah tahun 1 dan ke PRA. Walaupun status nak duduk mana tahun depan tak tahu lagi  ( sebab kawasan ni selalu sangat tak ada air , nasib baik penyewa je disini ), tapi saya buat siap-siap sebab nya esok ni ada baby pula. Dah lahir lagi seorang takut tak ada masa atau megalami kesusahan tertentu. Al – maklum la anak kecik kan. Susah nak tafsir. Anak-anak lain – lain perangainya.

Walaupun miyak naik , tak pe .. Insyallah ibu ayah boleh berusaha lebih lagi dapatkan dan cukupkan makan minum anak-anak. Insyallah …

Oh Husna dah daftar 2 tahun lepas juga . :)  KAFA takpe .. hari pertama buka sekolah boleh daftar atau boleh juga daftar semasa bulan 12 di setiap hujung tahun.

P:S : Anak yang hendak ke sekolah tahun 1 pada tahun 2014 dah boleh mula daftar dah. Rujuk SINI —  >  Pendaftaran Kemasukkan Murid Tahun 1 – Negeri Selangor 2014/2015 Kini Di Buka

15 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *