Ulangtahun Perkahwinan Ke-9

Senyum dulu …… ni nak bukak kisah rumahtangga sikit , yo lah tu …Macam mana puanbee boleh lupa ulangtahun perkahwinan yang ke-9 tahun ni , adoiiiii …. si Encik Kay tak lupa pulak , biasanya Encik kay lupa , puanbee ingat. Hadoiii lagi…

Tapi , walau terlupa tarikh ulangtahun perkahwinan kami , naluri tu tetap ada .. tak semena-mena rasa nak sangat beli hadiah untuk Encik Kay .. Hati tu rasa nak pergi kedai dan nak beli sesuatu untuk Encik Kay . Disebabkan perasaan yang sama berulang-ulang , saya akhirnya singgah juga ke kedai , pusing-pusing cari benda nak beli untuk Encik Kay .. See.. suami isteri ada naluri nya tersendiri.

So dapat lah hadiah yang tak seberapa untuk Encik Kay tapi di beri awal sehari dari tarikh ulangtahun kami. Alahai…ok lah kan bang , cek beli dengan duit sendiri , dah lah surirumah , bisnes pun baru mula ..sok-sok kalau dah masyuk sikit cek beli besaq-besaq punya …. tau …

black suede
black suede – Avon

Tapi .. mana pernah saya beli hadiah untuk orang lain tanpa beli hadiah untuk diri sendiri , mesti ada lah .. haha .. suka sangat minyak wangi ni ..Vanilla , special sangat baunya…

vanilla
vanilla – avon

Dan Encik Kay pula , macam biasa dia , setiap tahun beli kek .. sebab tu lupa tu , kalau bagi gold plate ke , ingat ..tiap-tiap tahun tunggu hadiah .. (kuang hajau punya bini hahah , joke je … )

tiramisu
sebiji kek tiramisu

Tak sangka , cepatnya masa berlalu , tau-tau dah 9 tahun kami kawin kan .. ishish .. hasil 9 tahun menjadi suami isteri adalah …

potong kek
Kakak 8 – una 5

Anak-anak semua selekeh time ni , baru lepas mandi , rambut pun tak sikat terus buat ulangkaji sekolah.Baby tu pun baru lepas pakai pampers je , tau-tau ayah balik depa terpa , dengan gelojohnya buka kek nak potong . Sampai tak tau sapa punya ulangtahun ni entahlah …

baby
laila 3

Bersyukur , walau apa pun cabaran dalam hidup di lalui , tapi tetap rasa nikmat dalam membina rumahtangga , harap berkekalan selama-lamanya … Amin…. Terima Kasih untuk segalanya Allah.

Nikah 16/5 , kenduri kawin 17/5 , boleh sambut mana satu .. hehehe .. Tapi 17/5 ni , ada berita gembira buat Encik Kay , tapi agak tak best bagi saya. Huhuhu tunggu keputusan cam mana , kalau dia tolak , ai heppy , kalau dia terima heppy juga , tp bagi pihak dia lah ..sebab tu cita-cita dia .. lama dulu …….

50 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *