Tokoh Muda Negara Sempena Kemerdekaan Ke-54 Aizat dan Syamsul Yusof

Aizat dipilih untuk jadi Tokoh Muda Negara ?? Terkejut den! Baru sempat nak baca membaca di metro online ni , baru juga terbaca tentang tokoh muda negara , wah bangga keluarga kan kalau anak dapat gelaran tokoh ni , hurmm mungkinkah terjadi ? toksah kan tokoh muda lah masuk paper pun sudah kan , haha sekarang senang je nak glamour masukkan dalam blog je .. Tapi tak best sangat lah , Jadi tokoh muda negara lagi best .. apa tidaknya mereka akan diarak pada Hari Kemerdekaan ke-54, Jumaat ini sempena Hari Malaysia di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Best kan , kalau saya lah yang akan di arak tu , akibatnya makan tak lalu , tidur pun tak lena di buatnya.

Adik-adik yang hendak ambil UPSR , PMR dan SPM tu masih berpeluang kalau nak pasang impian untuk jadi Tokoh Muda Negara ni .. pasang angan-angan dulu pastu usaha sikit.. PB tokoh apa tah ler .. hehe ..

USIA mereka masih muda tetapi pelbagai pengiktirafan sudah diterima bekas bintang Akademi Fantasia musim kelima, Aizat Amdan, 22, atau Aizat dan Syamsul Yusof, pengarah yang mencipta sejarah apabila filem arahannya, KL Gangster mencecah kutipan pecah panggung RM11 juta.

Terbaru, kedua-dua karyawan berbakat besar ini dipilih sebagai seorang tokoh muda negara sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-54.
Kedua-duanya diberitahu mengenai pemilihan mereka menerusi surat yang dihantar Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Aizat dipilih berdasarkan kejayaan diraih dalam industri muzik tempatan sementara Syamsul, anak kepada pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam dipilih berdasarkan kejayaan diraih dalam bidang perfileman.

– Petikan My Metro

Sedikit Info : Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 yang diadakan serentak dengan Hari Malaysia ke-48 Jumaat ini, melakukan pengisian program berbeza berbanding tahun sebelumnya kerana membabitkan lebih ramai belia dengan 85 peratus peserta perarakan daripada keseluruhan 10,073 orang adalah golongan berkenaan.

Tema Hari Kebangsaan 2011 Yang ke 54 | Sambutan Kemerdekaan ke-54 ditunda ke 16 September

Logo dan Tema Sambutan Hari Kemerdekaan Ke – 54 Tahun 2011(Bahasa Melayu dan English)

Perutusan Hari Kemerdekaan 2011(Ke- 54) Oleh Perdana Menteri

Sekian,
Tengok di Tv Aje perarakan kemerdekaan itu .. :)

41 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *