Tayar Pancit Lagi

innova

Entah kenapa .. hati akan jadi semacam kalau hendak ke bengkel kereta untuk membaiki sesuatu . Korang pernah rasa bedebar untuk ke klinik dan cabut gigi ? begitu lah perasaan saya setiap kali ada sesuatu tak kena dengan kereta ni.

Tak tahu kenapa tayar yang sama ni suka kempis tak ada angin..dulu sebelum bersalin syamim dah jadi sekali. Kena kerap isi angin. Tayar lain tak ada masaalah.

Mungkin dah tiba masa nya ganti tayar baru. Atau rim baru ?

tayar innova

Mesti ada yang tak kena dengan rim sebab tu lah selalu pancit. Kena bicang dengan encik suami untuk meluluskan dana tukar tayar baru.

Dan ya .. tayar semakin uzur .. pecah dari bahagian dalam. Jika saya bawa laju mungkin boleh menyebabkan tayar meletop di tengah jalan.
image

Jadi .. tukar tayar .. pheww melayang lagi $$$ . Tapi apalah sangat di bandingkan dengan nyawa-nyawa yang setiap hari menaiki kereta itu.

10 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *