Tarikh berpuasa mengikut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Gambar di bawah adalah tarikh berpuasa , jatuh pada 10 julai 2013 mengikut kalendar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia , walaubagaimana pun , ianya tertaluk kepada keputusan selepas tengok anak bulan pada petang Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah. Kenyataan ini di keluarkan oleh  Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab. Sudah bersedia ke menyambut bulan ramadan akan datang ni ? tinggal lagi beberapa hari , cepatnya masa berlalu .. masa ni la nak hafal semula doa-doa untuk lafaz niat berpuasa dan berbuka puasa. Insyallah boleh puasa penuh bulan ni … yeaayy ….

link rujukan ( klik untuk baca ):

  1. Lafaz niat berpuasa untuk sebulan di bulan Ramadhan ( Dalam Bahasa Jawi & Maknanya )
  2. Lafaz niat puasa harian di bulan Ramadhan dan makna
  3. Doa berbuka puasa dan doa sesudah berbuka puasa
  4. Niat Puasa , Niat Berbuka Puasa , Niat Puasa Sebulan , Niat Sesudah berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan
tarikh-tarikh penting dalam islam
* tertakluk kepada perubahan

( Klik kiri dan klik save as image untuk menyimpan jadual di atas .)

Sumber :
Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Tempat untuk melihat anak bulan puasa : 

  1. Pontian Kecil, Johor;
  2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka;
  3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;
  4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor;
  5.  Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor;
  6.  Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor;

Lokasi lain ialah:

  1. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak;
  2. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang;
  3. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah;
  4. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah;
  5. Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah;
  6. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu;
  7. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu;
  8. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu;
  9. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu;
  10. Bukit Peraksi, Pasir Putih, Kelantan;
  11. Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai,Kelantan;
  12. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan;
  13. Tanjung Lubang, Miri, Sarawak
  14. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak;
  15. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak;
  16. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah;
  17. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang;
  18. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang;
  19. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang;
  20. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan;
  21. Menara Kuala Lumpur;
  22. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan
  23. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

Hurmm .. nampak nya.. selain dari persiapan menyabut hari raya dan puasa , kena juga ingat zakat fitrah  kan ..   peringatan buat diri saya juga. Nanti kelam kabut nak menbayarnya .. harap nya … sidia ada … huu ~

Info :  Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5

  • Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
  • Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
  • Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
  • Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

 

7 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *