Tarikh bayaran bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M )Akan Di Bayar Ahad Ini melalui pemberian baucer tunai kepada yang layak , mengikut sumber dinyatakan Menteri Kewangan 11 Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, menyatakan pembayaran secara berperingkat itu dijangka mengambil masa dua bulan sehingga 15 Mac depan.

Borang bantuan RM500

Info bagaimana penyerahan baucer di buat , baucer di tunaikan dan semak status pemohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia

  1. Baucar itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara.
  2. Setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman secara berperingkat dengan disertakan tarikh dan tempat penyerahan baucar tunai
  3. Pemohon boleh menghubungi talian hotline BR1M 1800-22-2500 atau 1300-88-3010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status permohonan.
  4. kaunter bergerak khas turut disediakan di ketiga-tiga bank berkenaan pada majlis penyerahan baucar di kawasan luar bandar untuk kemudahan orang ramai di pedalaman menunaikan baucar.
  5. Sebanyak 4.12 juta borang BR1M diterima dari seluruh negara dan daripada jumlah itu, 3.1 juta diluluskan.
Info tentang borang Bantuan rakyat BR1M , akan di lanjutkan
  • Baki permohonan sedang diproses dan dijangka selesai esok (hari ini 13/01/2012 )
  • Tempoh penyerahan borang BR1M itu dilanjutkan selama satu bulan lagi sehingga 10 Februari depan.
  • Orang ramai boleh terus menghantarnya ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta agensi kerajaan berkaitan sehingga tarikh itu.
Info bagaimana membuat rayuan bagi pemohon yang gagal menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia
  • Bagi pemohon yang gagal, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my.
24 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *