Tak Stress Ke Jadi Surirumah? | Segmen Aku Seorang Surirumah

Lama eh tak join segmen , tetapi kali ni semcam tertarik nak join segmen blog bardboo.com ni. Dia cakap kawan beliau ada tanya Tak Stress Ke Jadi Surirumah? , kalau orang tanya saya .. saya sendiri pun akan jawab sama dengan apa yang bardboo.com cakap ” Gila tak stressssss ? stress pun tak gila macam ni ” .

Tapi jika di fikirkan dalam tenang .. dulu kita pun buat mak kita stress ni la makan dia. Dah la buat mak kita stress lagi hidup zaman dulu tak senang macam sekarang. Dulu-dulu mak kita basuh baju pakai berus dengan tenaga tangan. Kita sekarang ? pakai mesin jeeeee .. tu pun kalau mesin rosak riuh satu facebook , intagram , twitter dan sebagainya. Kata pada diri sendiri ni , bukan ngata orang lain ye.

Tak Stress Ke Jadi Surirumah? | Segmen Aku Seorang Surirumah

Gila tak stress , saya terus terang lebih banyak menangis depan anak-anak dari depan suami dah sekarang ni. Ye la penat .. kerja dari pagi sampai ke pagi masih tak boleh lelapkan mata. Dah habis kerja rumah semua layan suami pula ehem2. Penat sungguh- sungguh , kalahkan kerja pejabat. Dulu kerja pun tak rasa penat jadi surirumah tau ~ walaupun dah ada anak 2 orang waktu tu.

Bila badan dah terlalu penat. Kita jatuh sakit demam la , cirit birit la apa la . Nak pula anak waktu tu memang tak faham ibu sakit di buat macam ibu sihat-sihat.

Mau menangis kita di buatnya. Serius dalam saya demam 3 hari ni… saya baring je , bangun tengok rumah berselerak pejam kan mata. Di sebabkan ubat batuk saya boleh lelapkan mata. Kalau tak , serba tak kena di buatnya. Dari bilik ke dapur, dari dapur ke depan , depan bawa ke bilik air , bersepah dengan mainan , buku-buku , kertas , baju-baju , plastik , serpih makanan dan apa-apa lagi la budak-budak ni kerjakan. Pinggan mangkuk penuh singki. Ayah beli makanan untuk anak-anak pagi petang siang malam , plastik makanan tu la duk berlungguk dalam tong sampah bawak ke luar tong sampah. PENAT weh …

Hari ke 3 saya boleh bangun dan pandang semua tu. Suara macam tak nak keluar. Gagah beleter sambil buat kerja. Dah beleter dengan tekak sakit , anak buat tak tau je .. saya menangis..

Ayah steady , pergi kerja balik kerja , dia tanya anak dah makan ke belum je , kalau belum dia masak la sardin Β atau tapau dari luar siap-siap … rumah bersepah okay je boleh layan. Saya pun tak faham orang lelaki ni rileks jek …

Itu la orang pompuan , asyik-asyik nak menangis.

Tetapi bila menangis semua rasa penat dan stress akan keluar dari kepala dan hati kita. Lepas dah menangis , sedih-sedih .. keluar la ayat ” korang tak sayang ibu , sebab tu buat ibu macam ni ” anak-anak jadi baik sekejap. Diorang akan gotong royong kemaskan rumah. Bukan tak boleh tetapi diorang terleka sebab ibu buat selalunya.

Seorang ambik sampah bungkus elok-elok , seorang basuh pinggan dan yang kecil tu boleh pula kemas buku-buku dan mainan. Hairan tengok sekelip mata diorang jadi pandai pun ada.

Ibu-ibu ni baik hati , tak mau susahkan anak-anak , biarla anak belajar je , suami kerja je … tapi kadang-kadang ada limit nya juga.

Balik-balik pusing-pusing masa hendak hilang kan stress paling best dan tak ada orang ganggu adalah di tikar sejadah. Tak percaya ? cer buat .. kadang-kadang saya saja lepak atas tikar sejadah lama-lama , ambil Surah Yassin , Al-quran bagai letak di depan. Anak-anak mahupun suami tak akan panggil kita waktu ni. Kalau tak suami ada kat rumah asyik nak suruh buat macam-macam , anak-anak nak merengek macam-macam. Duduk atas sejadah diorang diam jek lega sangat.

Fuhh selamat …. cuba la ..

Jawapan nya Tak stress ke jadi surirumah ? Stress ada di mana-mana . Tanggungjawab tetap tanggungjawab , macam mana lelaki kaum ayah kena kerja cari duit untuk nafkah isteri dan anak-anak , macam tu la isteri kena berkorban jaga anak-anak dia. Huuuu ~ pandai-pandai la nak uruskan stress itu … soohhh stress jauh-jauh. Saya nak jadi awet muda.

Tapi percaya la .. bila dah biasa stress dengan anak-anak saya tak boleh kalau duduk sunyi tanpa anak-anak . Ngee~

Pesan Puanbee : Tapi stress hilang kalau dapat bagi hadiah pada diri sendiri atau pun hadiah dari orang tersayang – Ayat saja nak hadiah dari abe .. belikan Beauty Box ni pun ok. Shopping itu indah ~ tak kira window shopping saja ke ….

Jom JOIN SEGMEN NI — > Β Tak Stress Ke Jadi Surirumah? | Segmen Aku Seorang Surirumah

47 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *