Petua : Khasiat Bawang Putih Dan Cara Pilih Bawang Putih Berkualiti

Published on: Aug 11, 2011 @ 11:02 ; Kelmarin saya jalan-jalan membeli barang dapur , biasalah kan ibu-ibu mesti ke pasar beli barang dapur .. dalam duk pilih-pilih bawang putih tu ada seorang uncle berbangsa cina tengah memilih bawang putih , dia pilih saya pun pilih , tapi cara dia pilih lain sikit.. saya pilih bawang putih yang elok , tak busuk ..

Saya yang terlebih peramah ni pun tanya uncle tu pilih macam mana ? uncle tu jawab , pilih yang kulit bawang putih di bahagian luar dan dalam berwarna kemerah-merahan .. Baru elok… Getah dia masih banyak.. ooo saya pun ber ooo bulat panjang-panjang.. bila saya balik ke rumah saya belek .. bawang putih yg kulitnya semua berwarna putih dan bawang putih yang kulitnya kemerah-merahan tu .. apa bezanya ?

senang citer .. bawang putih yang kulitnya kemerah-merahan masih bergetah , tak terlalu kering dan fresh .. bau pun kuat .. tapi kalau bawang putih berkulit putih tu , dah kering , tak de getah bau pun dah kurenggg … OOOOOooo lagi .. heheh.. selama ni saya tak tahu pun ada beza antara ke dua-dua bawang putih tu ..

So itu satu tips yang baik bagi saya ..contoh tengok dalam gambar ye ..

Khasiat Bawang Putih Dan Cara Pilih Bawang Putih Berkualiti
Khasiat Bawang Putih Dan Cara Pilih Bawang Putih Berkualiti

Khasiat Bawang Putih

Sumber [link]
Bawang putih dan tekanan darah tinggi

Bawang putih berupaya untuk merawat penyakit tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi adalah sangat merbahaya kerana penyakit ini tidak selalunya timbul dan pesakit tidak menyedari bahawa mereka menghidapinya. Selain itu masalah tekanan darah tinggi akan membawa pula kepada masalah jantung, strok, pembekuan darah, kegagalan buah pinggang untuk berfungsi, jantung berhenti berdenyut secara tiba-tiba dan yang paling ditakuti berlaku kematian secara mendadak sekiranya penyakit tekanan darah tinggi tidak dikawal. Read more about Petua : Khasiat Bawang Putih Dan Cara Pilih Bawang Putih Berkualiti

Please follow and like us: