Sungai Gombak Dan Sungai Klang

Baru semalam saya dan keluarga singgah ke tempat dalam gambar ini , hari tengok dah masuk dalam paper metro , semalam bawak camera tapi baterinya pula habis , jadi tak boleh nak ambil gambar .. ni dapat gambar dari metro lah ..

Semalam ikut ayah budak-budak pergi ofis ayah dekat sangat dengan jabatan untuk ke Central Market dari bangunan DayaBumi. Disebabkan ayah budak-budak ni nak pergi kerja jauh 4-5 hari , jadi kenalah luangkan masa lebih tuk anak-anak.Nanti rindu ..demam lagi … kesian ibunya nak jaga depa sorang-sorang kan.

Gambar sungai gombak dan sungai klang
Gambar sungai gombak dan sungai klang. Saluran kiri sungai gombak , saluran kanan sungai klang.

Dalam Metro hari ini, kawasan persisiran ini akan di naik taraf dan dijadikan tempat pelancongan, bagi saya memang elok sangat lah.. baru semalam terdetik dalam hati … banyak sampah , kotor .. kan bagus kalau kerajaan jaga tempat ni, nampak lebih menarik memandangkan tempat ni ada sejarahnya yang tersendiri.

Laluan penjalan kaki tu pun kotor, banyak kulit-kulit kuaci,plastik-plastik sampah sedangkan yang lalu lalang di kawsan ini kebanyakkanya adalah pelancong asing.

Kawasan ini juga di huni oleh warga asing yang berpelesan , korang faham lah kan .. bukan saja pelancong tak selesa, orang tempatan macam saya pun tak selesa lalu disitu , seolah-olah berpijak di bumi asing.

Sayangnya…Tak sabar tunggu Projek DBKL yang akan datang , semoga tidak ada kaki lepak dan tempat itu menjadi lebih bersih dan menarik 🙂

Baca lagi disini

15 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *