Skim Rumah Pertamaku MBSB Pinjaman 100%

Pembeli rumah kini mempunyai pilihan pinjaman perumahan yang lebih menarik menerusi Skim Pembelian Rumah Pertamaku yang dilancarkan Malaysia Building Society Bhd. (MBSB) pada 30 Mac di Petaling Jaya.Skim Pembelian Rumah Pertamaku dari MBSB adalah tidak sama dengan Skim yang di tawarkan oleh kerajaan Malaysia.Jumlah pembayaran balik pun tak sama , pembeli masih perlu membayar dengan harga yang tinggi

Contoh beli rumah dengan harga RM150K , pembeli kena bayar bulan-bulan lebih kurang RM1500 , dan untuk orang-orang yang gajinya bawah RM3K , masih tidak mampu.. macam tak releven je SKIM ini. Saya sendiri pernah memohon banyak kali.Kebanyakkan Ejen jual rumah dan pegawai bank menyatakan suami saya tidak layak memohon skim ini. Suami saya orang muda , gaji bawah RM3K ,  berkeluarga , dah lama pula menyewa .. kenapa tak layak ? pelik .. padahal ..rumah yang hendak di mohon tu tk lebih pun dari RM150K .

skim rumah pertamaku MBSB

Antara isi penting yang terdapat dalam laporan berita untuk menyertai Skim Pembelian Rumah Pertamaku MBSB :

  • Pembeli rumah pertama layak membuat pinjaman sehingga RM500,000 dengan 100 peratus margin pembiayaan tanpa perlu membayar 10 peratus wang pendahuluan.
  • MBSB juga tidak menetapkan gaji kelayakan untuk pinjaman itu sebaliknya menilai peminjam dari sudut kemampuan membeli rumah dengan standard penilaian dalaman serta mengikut panduan daripada Bank Negara Malaysia.
  • Ditawarkan kepada mereka yang berusia bawah 35 tahun dan kita menyasarkan sebanyak RM500 juta dapat disalurkan melalui skim ini kepada peminjam sehingga hujung tahun ini.

Manakala Syarat yang telah di tetapkan oleh Skim Rumah Pertamaku Kerajaan Malaysia.

  1. Pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan
  2. Harga rumah di bawah RM220,000
  3. Berumur 35 tahun ke bawah
  4. Rumah Pertama
  5. Tidak Blacklist

Pengenalan Skim Rumah Pertamaku (SRP) – Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi-institusi kewangan untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

Di dalam Bajet 2012, pengumuman telah dibuat yang nilai maksimum hartanah akan dinaikkan dari RM200,000 kepada RM400,000, berkuatkuasa daripada 1 Januari 2012.

Teliti punya teliti sayrat-syaratnya ni , sambil fikir kenapa saya tak layak ? hurmm..Nak beli rumah yang biasa2 jek rasa rugi bayar sewa bertahun-tahun ni.

* Senarai bank yang menawarkan skim Rumah Pertamaku Oleh kerajaan Malaysia  <- semua bank saya dah cuba.

47 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *