Sinopsis Drama Wasiat Dan Lagu Tema

Sebagai pengulas drama melayu saya ingin mengulas tentang Drama wasiat..ececeh melantik diri sendiri sebagai pengulas ye…Astro look at me! Saya tak ketinggalan info drama terbaru yang akan datang , Drama wasiat akan mula di tayangkan mulai 27 julai 2011 setiap rabu 10 malam di astro prima .. saluran 105 lah kan..

wasiat drama sinopsis

Sinopsis Drama Wasiat : Lrik lagu dan lagu tema wasiat SINI

Kisah ini bermula apabila seorang hartawan Agus Raizal meninggal dunia akibat serangan jantung, selepas, apa yang disangka khalayak ramai, perkahwinan kedua beliau. Shark (watak dimainkan oleh farid kamil) fikir Agus akan meninggalkan semua harta Agus kepadanya, kerana dia satu-satu anak Agus. Marina (dilakonkan oleh yasmin hanie) merasakan apabila dia berkahwin dengan lelaki tua itu, dia akan memiliki semua kekayaaan yang dicari-carinya selama ini

Tidak terlintas di fikiran mereka yang Agus mempunyai perancangan yang hebat untuk mereka. Walaupun dia telah meninggal dunia, dia masih mampu memperdayakan mereka. Dalam wasiatnya, mereka perlu tinggal sebumbung dan bekerjasma bagi memajukan salah satu daripada perniagaannya sebelum segala hartanya dibahagikan.

Perkara ini menyusahkan Shark dan Marina yang menginginkan harta tersebut untuk diri mereka sendiri. Sementara mereka bertungkus-lumus menjatuhkan sesama sendiri, Sofiyan (dilakon kan oleh Beto Khusyairy ) anak Cik Ros dibiarkan bersendirian meratapi kematian Agus. Sofiyan mempunyai karisma anak lelaki yang Agus impikan. Agus sentiasa melayan Sofiyan seperti anaknya sendiri, dimana Shark merasa jauh hati atas tindakan bapanya. Shark inginkan kasih sayang daripada Agus tetapi dia tidak faham kenapa dia diketepikan.

Kebencian Shark terhadap Sofiyan menjadi lebih teruk apabila teman wanita Shark, Hanna ( Sara ali main watak ni ) mula mencintai Sofiyan. Sofiyan dan Shark akan bergaduh antara satu sama lain untuk mendapatkan Hanna dan harta. Bagi Shark, ia tentang kuasa dan wang manakala bagi Sofiyan, ianya kerana kasih sayang dan tanah yang mereka duduki sebagai satu keluarga. Sayangnya, perkara sebenar tentang diri mereka tidak mereka ketahui.

Macam biasa .. kalau dah tajuk nya wasiat mestilah mereka berebut harta , ingin menuntut harta yang ditinggalkan org tua .. drama wasiat ini mesti berlanjutan sehingga ke bulan puasa , entah bolah tengok ke tidak kan , bulan puasa bz sikit ehemm…

Pelakon Drama wasiat Lrik lagu dan lagu tema wasiat SINI

Beto Khusyairy sebagai Sofiyan Abdullah
Farid Kamil sebagai Shaqir bin Agus Raizal
Sara Ali sebagai Johanna Hassan
Yasmin Hani sebagai Marina Malik

Ok lah korang jangan lupa lah kalau rasa nak tengok tu , melekat lah di tv korang pada 27 Julai 2011 nanti ..Setiap Rabu 10 malam. Astro Prima @ Saluran 105 facebook wasiat SINI

10 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *