Sibuk di dunia realiti

Apa isu terhangat sekarang ?? Tunggu AJK Kiah Propa update di whatsapp je ler .. dari giyomi , menangis di youtube , Tax & Gst ? Hurm hanya boleh membaca sepintas lalu. Bukan tak nak ambik tahu, tapi saya ada banyak benda nak di uruskan seharian , walaupun banyak-banyak kerja ada la dua tiga benda akan di skip kan , terbengkalai jugak. Tak mampu nak oiii , mak nak buat semua tu sorang-sorang. Harap orang berdekatan dan disayangi faham.

cuci kereta

Rutin biasa adalah hantar dan ambik anak-anak dari sekolah. Yang luar biasa adalah .. biasanya saya malas ya amat nak bawa si kelabu pergi cuci . Tetapi dek kerana ada benda lain yang saya lagi malas nak buat jadi saya bawa si kelabu pergi cuci.

Faham tak ? Sekarang ni malas sungguh nak naik tangga. Rutin naik tangga dah berubah sikit. Kebetulan hari ni ada check up ibu mengandung jam 2pm , manakala hantar si kakak ke sekolah pula jam 12.45 pm jadi ada banyak masa. SAYA PALING MALAS NAIK TANGGA KE TINGKAT 4 TU. Jadi saya bawa kereta ke car wash dan melepak disana. Cepat pula pekerja tu mencuci , ada lagi masa. Maka terpaksa pula habiskan masa + duit di kedai. Shopping baju anak sikit.

Alasan sungguh kan , alasan nak habiskan masa dengan shopping , ni kalau tahu kat laki harus kena cebik sedas.

beg sekolah

Semasa nak di bersihkan bahagian dalam kereta ,kena keluarkan semua barang , omak aiii .. banyak sungguh , ni semua gara-gara malas naik tangga , dan juga nak kurangkan beban / berat semasa naik tangga. Hihi teruk sungguh perangai. Beg sekolah KAFA , Beg sekolah PRA dan juga beg MENGAJI , termasuk kasut dan selipar , anak-anak memang tukar beg / kasut dan selipar dalam kereta jek.

klinik ibu dan anak

Sebelum jam 2 dah terpacak di depan Klinik. Jam 2.09 minit dah dapat no giliran. Tu pun dah no 81 . Fuhyooo dekat jam 4 pm juga la saya balik. Nasib baik … ayah budak-budak ni boleh keluar dan ambik Husna dan Laila. Kalau la budak-budak ni kena tunggu di klinik dekat 2jam harus porak peranda klinik tu. Dalam 10 minit tu menunggu ayah sampai pun diorang dah ke hulu , ke hilir berebut payung.

Bayangkan …

Kandungan dah 16 minggu .. dah nampak tangan kaki dan gerak-gerak .. Tapi boleh alahan lagi teruk pulak .. sepatutnya trimester kedua ni alahan makin kurang. Susu anmum pun tak boleh masuk dah … Β Layannnn ~ Anak – anak sekarang menjadi lebih baik perangai dan membantu juga la… Bermuafakat sentiasa ..

Allhamdulillah dengan semua nikmat yang ada sekarang. Β πŸ™‚

21 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *