Servis Prepaid Termurah Untuk Mobile Internet

Dalam duk nak cari prepaid yang ada program internet paling murah , dalam duk survey sana sini , sampai lah dapat banyak feedback yang mengatakan DIGI adalah prepaid paling murah untuk internet kan .. tapi pusing-pusing beli juga prepaid Hotlink , kenapa ya ?

Harga hotlink bagus RM5
Salah satu rahsianya adalah .. saya tak boleh tukar no saya ke servis lain selain dari Hotlink adalah kerana :

1 : No saya di beli dengan penuh kenangan.

  • Dulu … no saya yang lama telah di ragut dalam kejadian ragut dan saya waktu tu tengah mengandung si kakak 8 bulan. Bayangkan .. saya di ragut dan saya hampir nak terberanak.. Disebabkan saya akan beranak di kampung suami pulak akan berkerja , jadi telefon adalah satu benda yang amat penting waktu .. Nokia 3100 harganya hampir RM600 .. perghhhh .. kemudian saya beli no lain ..yang mana saya pakai no tu sampai sekarang.

2 : Selain dari usianya hampir 8 tahun , saya juga tak boleh tukar kerana suami saya pun pakai HOTLINK.

  • Kalau tukar tak boleh buat Friends Finder .. hahahaha itu je lah kelebihan HOTLINK , harga mahal .. internet sehari RM8 ada lagi had limit dia ..

3 : Memang saya jenis tak suka tukar benda-benda peribadi .. tapi nak juga line internet untuk mobile murah-murah ..

  • Hotlink patutnya mempertimbangkan harga untuk pelanggan lama macam saya ni , beri lah kelebihan lain.

nokia lama

Dapat fon di atas pun dah suka sangat si kakak tu .. siap cakap “ibu nanti install game kat tepun ni ye”

Gelihati pulak dengar ayat kakak nih

Tapi .. saya suka lah servis Unlimited Mobile Internet yang di tawarkan oleh UMobile tu ..RM28 sebulan free 100 minit panggilan dan 30 sms .. alahai .. murahnyaaaa..

Dalam tengah berkira-kira tu , dah pun beli no hotlink bagus untuk si kakak , telefon dah ada kalau tak guna rugi lah , beli satu no boleh kakak bawak pergi tuisyen malam dia , selalu risau kalau balik lambat , tak bagi tau pada kita pulak tu …nak call cikgu nya tu segan pulak .. kang macam tak percaya kat cikgu dia ..so beli lah Hotlink bagus untuk kakak …

P/S : Nampaknya untuk penjimatan yang hebak .. kena repair FON N79 tu guna no Maxis untuk calling suami n tukar no Umobile untuk Iphone4s … Parak kalau nak melanggan Internet dengan no Hotlink ni ..

Hotlink Bagus RM5 je kak .. tapi tak de kredit kat dalam .. akk kena topup lain (kata penjual disitu .. cissss)

35 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *