Sebutkan Agar Mereka Tahu

Tingkatkan akaun emosi kita , marah satu, puji sepuluh. Nak lembutkan hati sebenarnya dengan kata-kata manis.~ Dr Muhaya

Berapa kali dah cakap, tak jugak dia ni berubah perangai .

Sebenarnya senang saja hendak memberi nasihat. Bila kita mengambil tugas sebagai pemerhati dan penilai, memang, kata-kata berupa nasihat senang sahaja dihamburkan. Tanpa perlu ada skrip pun, kita boleh menyusun kata paling logik dan bernas pada fikir kita. Berbuihlah mulut kita memberi nasihat dan mengingatkan. Tapi, biasanya, perubahan jarang benar berlaku seperti yang kita harapkan, bukan begitu?

Awak patut buat macam ni, bukan macam tu.

Sebenarnya, susah hendak menjadi si penerima nasihat. Minda dan fikir si penerima adalah hak mutlak peribadi dan tidak mudah mengubah dan membetulkan walau atas logik akal sebagus mana pun. Tetap dia tidak akan berubah, kalau keputusannya mahu tetap begitu, biar pun kita ini adalah pasangan hidup yang dipilihnya atas dasar cinta dan kasih.

Hendak kan perubahan?

Yang hanya boleh berubah ialah kita sendiri. Perubahan mesti bermula dari diri kita.

Saya sungguh bersetuju dengan kata-kata Dr Muhaya. Merubah insan lain hanya berlaku dengan melembutkan hati terlebih dahulu, bukan semata dengan nasihat. Nasihat hanya menjadi , jika hati yang menerima itu sudah lembut.

laila dan una

Bagaimana merubah diri kita agar hati mereka di sekeliling menjadi lembut?

Memberi penghargaan terutama buat anak-anak dan pasangan kita. Sentiasa memuji tindakan serta usaha mereka yang baik dan mengucap kata terima kasih , agar mereka tahu nilai diri mereka sangat berharga di mata kita. Bukan hanya memarahi atau membebel atas kesilapan mereka sahaja, dan usaha baik mereka, kita anggap kecil dan remeh serta tidak dipedulikan.

Hanya kita yang mengenal kekuatan dan kelemahan mereka. Bila akaun emosi mereka meningkat, secara langsung lantunannya, akaun emosi kita pasti akan besar juga.

Dan semua ini hanya berlaku dengan izin Allah juga. Jadi , doa, doa dan doa agar hati mereka dan hati kita juga sentiasa dilembutkan Allah atas kebenaran.

Jadi hari ini, agaknya apakah yang baik tentang mereka ?

Mungkin senyum mereka sungguh manis di mata kita harini, jadi sebutkanlah agar mereka tahu.

🙂

Entri ini di tulis oleh penulis jemputan di puanbee.com , maaf ..sepatutnya keluar hari selasa , saya lupa hari lah .. maaf sekali lagi .. jom terjah blog~cikgunormah@klcitizen~dan baca entri terbaru beliau …

37 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *