Restoran asam pedas claypot Jalan Laksamana Melaka

Kami pergi makan di sini pada bulan puasa kelmarin , cerita dah basi ek ? bak kata seorang blogger tu , tak ada cerita basi jika cerita pasal diri sendiri , so korang boleh baca cerita ni tanpa akan di serang keracunan makanan.

IMG_0914-0.JPG

Atas permintaan seorang blogger nak tahu apa cerita dan rasa makan di sini.

Alkisah dah 6 tahun lepas suami pergi makan di situ , suami kat sedap sangat , kita pun teringin nak rasa juga , janji punya janji sampai 6 tahun baru la suami ada masa nak bawa bini dia ni ke sana. Apa nak buat ..

Asam pedas di sini memang sedap , kedai pun ada 4 biji sederet penuh , korang boleh bayangkan lah.

Semasa buat pesanan , boleh minta nak ikan apa , kemudian hidangan akan sampai lengkap dengan nasi dan sayur serta telur masin dan tak di lupakan asam pedas di dalam claypot.

IMG_0099.JPG

Untuk anak-anak yang tak makan pedas boleh order Nasi Ayam , sedap juga nasi ayam tu.

Untuk peminat asam pedas boleh lah cuba , jika nak datang sini boleh set waze Jalan Laksamana Melaka , mesti sampai.

Harga berpatutan. Boleh open table ????

update live guna handphone , nanti edit jika ada kecelaruan tatabahasa.

Sweet je tengok adik beradik ni.

IMG_0095.JPG

17 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *