Resepi : Keladi Goreng Berinti

Salam .. dah lama tak keudara tiba-tiba update dengan resepi ya . Ini bukan resepi penulis sendiri sebaliknya adalah resepi kawan-kawan dari group facebook Kelab suri rumah (KSR) Mereka sangat pandai memasak , jeles saya tengok. Kali ini resepi keladi goreng berinti di sumbangkan oleh Alina Saidi.

resepi keladi goreng berinti

Bahan- bahan keladi goreng berinti :

  1. 1 kg keladi,kupas kulit dan kukus hingga masak. Tumbuk lumat / lenyek.
  2. 150-200 gm daging ayam .. potong kecil.
  3. 1-2 buah lobak merah potong kecil (dadu)
  4. 1 labu bawang besar/bawang kuning , hiris halus.
  5. 2 biji bawang putih hiris halus
  6. 1 sudu kicap cair dan secubit lada sulah
  7. garam , serbuk perisa/pati ayam  dan sedikit gula jika suka.
  8. daun sup dan saun bawang.
  9. 1 sudu tepung jagung .
  10. 2 biji telur.

Cara- cara :

  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak untuk menumis bwg merah , putih dab masak hingga kuning , kemudian masuk isi ayam, lobak merah, masak sekejap..
  • Kemudian tambahkan kicap cair, aram gula, serbuk perisa, gula dan lada sulah. Ambil 1 sudu tpung jagung , masukkan sedikit air,  dan seterusnya di masukkan kedalam tumisan tadi … tutup api.. masukkan daun sup/daun bawang. Sejukkan sebentar
  • Ambil 2 sudu ubi keladi yg telah ditumbuk halus , leperkan dan isi inti ayam tadi dlm 1 sudu bentukan bulat sehingga habis adunan.
  • ambil2 bijitelur ,  kacau sehingga sebati , celupkan adunan tadi.
  • Kemudian goreng dengan api yang sederhana hingga masak.
  • Boleh hidangkan dgn cili sos.

Puanbee : Selamat mencuba .. terima kasih membaca :) Mood update blog kelaut sejak preggy ni .. adui ..

12 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *