Proton Preve Nama Diberi Untuk Kereta P3-21A

Proton Preve adalah nama di beri untuk kereta P3-21A yer.. Macam-macam spekulasi timbul untuk kereta P3-21A kelmarin , satu pun tak tepat. Paling saya tak boleh lupa. Ada yang buat andaian nama kereta P3-21A ni adalah kereta 1 Malaysia , saya rasa macam ..eh melampau pulak kalau kereta pun hendak di namakan dengan nama kereta 1 Malaysia , macam tak menarik dan tak sesuai lah untuk kereta ni. Nampak gaya kereta P3-21A ni canggih bebenor kan.Rupanya nama sebenar adalah Proton Preve .. ok juga tu bagi saya .. korang ?

Proton Preve - P3-21A

Preve perkataan ‘prae-veh’ disebut, yang bermaksud “to prove” .Nama preve adalah sejajar dengan wawasan Proton untuk membuktikan kereta itu adalah kereta global dengan standard global.

Proton Preve - P3-21A

Cantik kan ? tapi saya lebih suka kan kereta di bawah ni..

kereta exora bold

Asal nampak je pergi jenguk dalam kereta di atas ni , hehe nampak dua orang budak tu teruja betul.Berhenti panggil kereta P3-21A dan mula biasakan diri dengan panggilan Proton Preve. Cam mana nak sebut ? hehehe

13 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *