Pertama Kali Gunting Rambut Una Yang Kerinting

Ini gambar sebelum dan di bawah adalah selepas rambut una di potong pendek , alahai .. kesian .. menyesal gunting rambut una ..sesugguhnya una lebih comel dengan rambut panjang ..

una

Tapi kalau tak potong rambut una tu kesian pulak dia , dia cakap gatal bila pakai tudung , ye lah panas kan , una memang sensitif denan cuaca sejak dari baby lagi , kalau panas melampau badan una akan di tumuhi dengan ruam bengkak dan gatal , kalau cuaca sejuk sangat una batuk dan muntah.

Dah lama dia tak naik apa-apa ruam , tapi masa hari pertama ke tadika tu , tengok leher una dah bengkak-bengkak , terus saya bawak pergi kedai , niat hati cuma nak orang tu gunting kasi nampak nipis , gunting bahagian dalam , bukan pendekkan , tapi , orang tu pergi buat layer sampai pendek paras telinga ..

Hadoii tak suka tengok rambut una pendek gitu , tapi apa nak buat .. huhu .. gambar masa una gunting rambut pun tak ambik , sebab ibunya pun duk ngejas rambut hikhik

rambut kerinting pendek

Tapi una suka .. una cakap ..

” una memang suka rambut pnedek , ibu yang tak suka una gunting rambut “

Fesyen baru

Hari yang sama ingat nak repair rambut baby juga , tapi tak jadi takut tukang gunting tu pendekkan rambut baby pula , ooo sadis ..

46 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *