Persediaan buka sekolah 2014

Semua ibu bapa dah mula membuat persediaan buka sekolah bagi tahun 2014 kan ? Lumrah hidup begitu la .. dulu mak pak kita buat untuk kita , sekarang kita buat untuk anak-anak kita. Hidup bagaikan roda , pepatah biasa orang gunakan sekarang. Dengan lahirnya anak saya yang ke – empat bertambah sibuk lah perjalanan hidup saya. Bukan merungut tetapi berkongsi sedikit sisi hidup saya yang setiap hari sibuk menguruskan anak-anak.

tarikh buka sekolah 2014

Tarikh buka sekolah 2014 :

  • 2hb Januari 2014  / Khamis bagi semua negeri kecuali Kedah, Kelantan dan Terengganu akan mula bersekolah pada  1hb Januari 2014 / Rabu.

Ketiadaan suami di sisi dek kerana tuntutan kerja menambahkan lagi paras sibuk tu. Namun Insyallah .. segalanya akan di uruskan dengan sehabis baik. Suami bekerja sebagai krew kapal. Memang kadang kala di darat , kadang kala di laut. Sekarang suami belayar ke Jakarta Indonesia. Lebih kurang 11 hari baru sampai katanya. Talian terputus seketika.

Tiada apa yang lebih menyakitkan selain dari tidak mendapat berita dari suami tersayang. Sungguh saya beranak sendiri , uruskan anak-anak sendiri tidak lah seperit rasanya akibat tidak dapat berita dari suami. Entah apa la cerita dia di sana. Sihat ke ? makan minum macam mana ye ? Setiap masa , setiap saat saya mampu mendoakan kesejahteraan kesihatan suami dan semoga selamat tiba di sana dan balik.

( mata serasa berabuk 🙂 )

Tahun 2014 ..

Saya terpaksa menukar sekolah anak sulung ke sekolah baru , kerana hendak mendapatkan sekolah satu sesi. Anak no 2 baru masuk tahun 1 , jadi jika kakak masih di sekolah lama , mereka akan bersekolah 2 sesi. Jadi saya tukar sekolah anak sulung dan daftarkan semula anak ke dua ke sekolah baru. Walaupun sebenarnya anak no 2 tu telah pun di daftarkan di sekolah lama kakak nya 2 tahun lepas. Saya merancang dari 2 tahun lepas , mana tahu kini saya terpaksa tukarkan sekolah mereka.

Anak no 3 pula telah layak masuk ke tadika. Maka saya akan mencari sekolah tadika untuknya , jika boleh hendak sekolah yang berada di satu laluan dengan sekolah kakak-kakak nya. Almaklumlah .. jalan di KUALA LUMPUR 24 JAM SESAK. Tak sanggup saya menempuh jalan sesak dengan membawa baby yang baru sahaja di lahirkan.

Dah tukar sekolah kebangsaan , maka sekolah agama pun kena tukar. Sekolah lama kawasan Selangor , sekolah baru kawasan KUALA LUMPUR. Jadi waktu sekolah tu tak sama.

Kalendar Cuti AM & Cuti Sekolah 2014 ( Persekutuan & Negeri )

Baju-baju semua selamat , saya dapat sediakan semasa saya sarat megandung kelmarin. SYUKUR sangat. Tinggal urusan sekolah sahaja.

Dan saya masih berpantang sebulan. Mujur ada adik datang tolong menjaga anak-anak dan menjadi kawan berbual. Kalau tak meroyannnnn ….

# Sesibuk saya sekarang , sesedih pilu kerinduan ke suami  masih boleh bertahan , lagi sedih tengok update dari kawan-kawan yang menjadi mangsa banjir .. habis semua barang musnah .. semoga kalian tabah ye … ujian dari ALLAH .. besar ganjaran nya nanti.

13 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *