Penat Dengan Keadaan

Hari-hari saya kerja menjemput dan hantar anak-anak kesekolah, pagi petang,hujan dan panas, tak cukup lagi..saya ambik upah hantar dan ambik anak-anak jiran pula.. bukan untuk duit tapi kerana kesian.. saya ambik upah ala kadar je, mereka kebanyakkan merungut macam banyak sangat je upah van dan bas untuk hantar anak-anak ke sekolah agama sahaja.

Nak dilepaskan anak-anak ke sekolah agama sendiri , walaupun jaraknya hanya 4 minit dari rumah .. mereka .. saya .. dan semua ibu-ibu disini memang tak akan sesekali harapkan anak-anak kecil pergi sendiri dengan “keadaan” ini.

Pelik tapi benar , bila hujan je .. pemandu-pemandu kereta diibaratkan hilang arah, dihadapan sekolah pulak tu . ada juga budak-budak main hujan berlari-lari anak,dengan kereta kiri kanan depan belakang menghimpit.Risau terlanggar mana-mana budak atau anak sendiri .. #acaner ?

Memandulah berhati-hati, ikut lorong yang betul dan tidak pentingkan diri sendiri, mesti jalan tu tak jem sampai dekat sejam..geram betul! huh!

Dibawah ni satu lagi hal, depan sekolah agama pula, inilah sekolah yang jaraknya 4 minit je dari rumah (jika naik kereta atau motosikal). Jalan kecik .. kereta tak de tempat nak parking , tak de tempat nak dijadikkan tempat singgah nak ambil budak-budak.. kena pula time tu lah ada orang jual jajan-jajan , bukan satu atau dua , tapi lima sekali gus berniaga.. budak-budak .. keluar je pagar terus serbu .. seronok nya para peniaga …

Tapi kereta mak pak , van sekolah .. bas sekolah atau kadang-kadang lori sampah , atau motosikal dan kereta lain banyak lalu lalang disitu sebagai jalan pendek dai lebuhraya .. tidak dapat bergerak kerana memberi laluan tuk anak-anak membeli belah disitu.

Alangkah bahayanya pada budak-budak yang tak tahu fikir bahaya segala,nak marah budak-budak pun tak kena.

Berniaga lah .. tapi jauh lah sikit ..

Gambar di atas tak jem lagi , tapi kalau mula jem , nauzubillah … penat nau tunggu dalam kereta ..kebas kaki tekan pedal.Saya penat dengan keadaan ini sehari-harian , rasa nak pindah duk di kampung ..uwaaaaa~

37 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *