Merasa nasi ayam penyet buat kali pertama

Macam mana rasa nasi ayam penyet yang sebenarnya ek ? tengok blogger lain duk puji sedap-sedap , semalam pergi makan nasi ayam penyet di satu cafe rahsia tapi tak sedap , bagi saya biasa je .. haha tak mau lah jatuhkan bisnes orang tu kan , cuma nak cakap la restoran ni suka buat masakkan entah hape-hape , kadang-kadang sedap , bila pergi kali ke dua makanan di situ dah jadi tak sedap.

nasi ayam penyet tak sedap

Semalam pergi pun sebab anak teringin nak makan ciken chop , lepas tu pelayan kenalkan nasi ayam penyet yang terdapat disitu..  ” sedap! sedap ni kak ” . Saya pun order la satu , nasib satu jek kalau tak rugi duit haha … saja saya kalau nak cuba dulu makanan memang akan order satu , boleh kongsi .. tak sedap pun takpe .. sebab tak membazir banyak sangat duit kat situ kan .

Nasi adalah nasi putih biasa , ayam goreng dan sambal adalah biasa juga , sebijik macam saya buat hari-hari di rumah , yang lain pun tempe dan pinggan dia je la .. sebab saya tak makan tempe .. hadoi ..

Cer korang bagi tahu saya , nasi ayam penyet sedap sangat ke macam maan ?

chiken chop tak sedap

Dulu ciken chop ni sedap , sekarang tak sedap .. semacam jek rasanya …  dulu di kedai ni ada nasi ayam sedap , sekarang dah tak sedap .. Kedai makan ni , yang paling penting adalah menjaga tukang masaknya. Kalau tukang masak tu boleh masak sedap-sedap pelanggan akan datang lagi , dan lagi ..tapi kalau tak sedap tak ada pelanggan untuk kali ke dua .. betul tak ?

makan di restauran

Tapi budak berdua ni kira apa , tak sedap boleh je makan .. diorang takde hal .. haha .. ibu je menung tengok .. layan laila tak nak makan , laila duk melukis mewarna dengan buku baru dia waktu ni .. tak ada orang nak ambil gambar kami haha .. tunggu mak datang dari kampung ..wee~

23 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *