Mandulkan Kucing Di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Taiping

Dah lama berniat nak mandulkan kucing ni , antara sebab saya nak sangat mandulkan adalah kerana faktor tempat tinggal saya sendiri memang tak sesuai membela haiwan. Sebelum saya mengambil kucing-kucing ini untuk di pelihara dah banyak kucing lain terbiar , di pukul , di marah kerana mencuri makanan rumah orang , di buang kerana membuang najis di anak tangga. Tak lepas juga ada yang membaling anak kucing dari tingkat 4 ke bawah. Pernah juga saya tengok anak kucing mati dek kerana masuk ke tempat yang terletak meter elektrik , macam mana anak kucing tu masuk ke situ saya tak tahu la..

Kebetulan ibu kucing beranak di rumah saya  , maka saya tak sampai hati nak buang anak kucing itu , 3 ekor saya beri pada orang lain untuk bela , 2 orang tu adik saya sendiri di Taiping dan kakak ssaya sendiri. Seorang lagi adalah blogger aziewan.com.

Kemudian ibu kucing yang sama beranak lagi 6 ekor anak kucing , saya tak sanggup nak bela … dan biar je anak kucing dengan ibu tersebut , entah kemana orang buang mereka dan tinggal hanya seekor anak kucing. Sedih mengenangkan nasib anak kucing tersebut. Susah untuk saya ambil dan bela semua nya ..

Jadi …

kucing

Kerana sayang la saya ambil keputusan untuk mandulkan 2 ekor kucing saya ni , seekor betina , seekor jantan .. agar tak membiak ,,, kerana saya tak mampu bela dan agar tak ganggu jiran-jiran saya.

Dah tanya ustazah hukum nya harus , sebab niat tu baik bukan saja-saja nak mandulkan kucing .. kalau saya tinggal di kawasan luas , ada tanah memang boleh bela banyak kucing . Namun tak sampai 50 ekor juga kot… 

mandulkan kucing

Dah sesat – sesat cari tempat ni , telefon pihak jabatan berkali-kali , pusing Taiping segala saya sampai la … sekali lupa kasi kucing puasa la … ye la .. dalam kepala fikir ,.. kejap lagi nak mandulkan dia , kot tak selera makan , nanti sebab sakit .. kita bagi dia makan banyak-banyak .. sekali kena biar kucing puasa selama 12 jam …. wahh balik la dengan tanpa buat apa-apa .. esok kita pergi lagi.

Bayaran PERKHIDMATAN MANDUL KAN Kucing betina RM80 manakala kucing jantan RM50. Terlupa nak tanya had umur sesuai untuk kucing di mandulkan , tetapi kucing saya 7 bulan dah boleh di mandulkan.

Proses memandulkan kucing jantan di panggil Neuter manakala bagi kucing betina di panggil Spay. Neuter adalah proses di mana ke dua-dua testikal kucing jantan akan di buang. Dan Spay pula adalah pembedahan di bahagian uterus , tiub fallopio dan ovari kucing betina akan di buang. SUMBER — > Langkah-langkah sebelum dan selepas mandulkan kucing.

No telefon Jabatan Perkhidmtan Veterinar Taiping – 05 – 807 2703 

10 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *