Layang-layang tidak berjaya di layangkan

Pengalaman pertama buat anak-anak bermain layang-layang. Tak sangka seronok juga main layang-layang dengan anak-anak. Duk la cerita dulu ibu main layang-layang naik tinggi , layang-layang buat sendiri jek guna kertas surat kabar dan benang opah dan lidi kelapa. Tapi anak-anak beli jek RM10 .. senang hidup..

Untuk menambah kepercayaan anak-anak dan ketaksuban bahawa ibu diorang ni terer sangat main layang-layang , saya pun cuba la naik kan layang-layang , tapi tak berjaya… alasan tak de angin.

januari 062

Aksi ketawakan anak-anak , sakit perut gelak kat diorang .. orang main layang-layang mula-mula je lari , diorang pusing seluruh padang bawak layang-layang , memang penat la …

januari 079

Ni aliya , lari pusinggggggggggggggggg seluruh padang , tak tengok orang .. akhirnya layang-layang dia tersangkut dengan layang-layang budak kecik tu .. henseng boy siap merungut ,  ” apa la nasib kita ni   .. “

januari 076

” Tak naik-naik juga layang-layang ni , agaknya tak de angin kot ”  kata-kata seorang ibu yang berdolak dalih pada anak-anak nyee

januari 067

Ibu pakai kasut tinggi , berapa kali nak terjatuh .. last2 bukak kasut .. puas hati …

januari 066

Yeayy naik .. sikit jek …

januari 065

main layang-layang

Buat kajian

ibu :” angin lalu kot belah mana , ambik daun layangkan .. lepas tu nampak angin terbangkan daun tu kemana “

anak-anak “oooooooooooo … daun jatuh ibu “

ibu : “tu makna nya takde angin , dah ! jom balik .”

:P ok tak alasan tu ??

19 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *